Perebutan Ketua

1.9K 131 25
                                    

Bab 16

Hoshi berdiri dengan penuh cemas sekali. Merisaukan apa yang terjadi pada kawan-kawan mereka memandangkan pekikan dan lolongan kedengaran sayup-sayup dari situ. Seungcheol hanya duduk sambil memeluk tubuh. Mereka ingin pergi melihat tapi tidak berani untuk melanggar arahan yang diberikan.

"Hei..."

Kedua-dua mereka serentak mendapatkan kawan-kawan mereka apabila mereka tiba. Kumpulan baru itu kini sedang memandang tempat itu penuh curiga dan teruja. Mereka tidak menyangka ada tempat sebegitu yang wujud.

"So..." Hoshi memandang mereka. "Musuh ke.??"

Chanyeol menggelengkan kepalanya. "Mereka adalah Huruf."

Keadaan agak sunyi seketika. Masing-masing cuba menenangkan diri setelah selesai bertelaga sebentar tadi. Mereka juga cuba untuk memastikan tiada apa yang boleh mengancam mereka.

"Tempat apa ni.?" Tanya salah seorang dari ahli kumpulan itu.

"Ini adalah markas puak Huruf." Beritahu Chen.

"Kami bukan puak huruf." Lelaki berwajah bengis itu mendengus. "Kami adalah Kumpulan 'Power'."

"Wow!" Xiumin menggolekkan bebola matanya. "Malangnya awak kena terima hakikat bahawa adalah puak Huruf sekarang."

Lelaki berwajah bengis itu tidak membalas sebaliknya hanya merenung Xiumin tajam.

"Okey..." Sehun menarik nafas panjang. "Kita patut berkenal dulu. Saya Sehun. Oh Sehun. Huruf O. Dan kuasa saya ada panah."

"Saya Park Chanyeol. Huruf P." Chanyeol bersuara. "Kuasa saya adalah angin."

"Saya Chen. C. Berkuasa pasir..." Chen memandang ke arah Bambam.

"Nama saya Bambam. Quan Bambam." Lelaki itu bersuara ceria berbeza dengan yang lain. "Huruf Q dan berkuasa kelajuan."

"Saya Fu Mark. Huruf F." Mark bersuara agak kekok. "Kuasa saya ada kuasa perpindahan."

Keadaan sunyi sepi seketika sebelum Chen mengisyaratkan supaya Junhui pula meneruskan.

"Saya Nuan Junhui. Huruf N." Lelaki itu bersuara agak serius. "Berkuasa ketajaman."

"Saya In Hoshi. Huruf I." Giliran Hoshi pula untuk memperkenalkan diri. "Kuasa saya adalah percakapan. Saya boleh buat orang ikut cakap saya dan jangan risau. Ia tak berkesan pada kamu."

"Saya Yeon Jungkook." Jungkook memperkenalkan dirinya dengan nada ceria seperti Bambam. "Huruf Y dan berkuasa kebal."

"Go Seungcheol. G. Kuasa bunyi." Seungcheol bercakap langsung tidak mengangkat mukanya menyebabkan orang mengerutkan dahi mereka.

"Saya Xiumin." Lelaki itu mendengus perlahan. "Huruf X. Dan kuasa saya adalah akar. Sekarang giliran kamu."

Keadaan sunyi sepi seketika. Kumpulan itu memandang lelaki berwajah bengis tadi dan menunggu apa yang bakal dilakukannya seolah-olah lelaki itu adalah ketua mereka dan mereka akan patuh.

"Nama saya Hoya." Lelaki itu mendengus kuat. "Kuasa saya... Saya boleh bertukar menjadi makhluk ganas."

Mereka semua berpandangan seketika.

"Saya Kim Taehyung. Saya dikenali sebagai V." Lelaki itu bersuara teragak-agak. "Kuasa saya adalah elektrik."

"Elektrik.??" Ulang Chen sambil mengecilkan matanya dan memandang Sehun. "Awak pasti dia bukan berkuasa petir.??"

Sehun mengerutkan dahinya. "Kenapa.??"

"Saya nampak dia gegarkan Mark." Chen memberitahu.

Mark mengelipkan matanya cuba untuk tidak mengingati perkara itu lagi. Sehun berfikir seketika lalu memandang V.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now