>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of V (BTS) as V (Huruf V).
Bab 19
Sejak mereka semua mengetahui apa yang dilalui oleh keempat-empat penaung itu sebelum ini, tiada siapa yang berani mempersoalkan apa yang mereka buat. Mereka mula faham dan berhati-hati atas apa yang bakal mereka lontarkan. Mereka tahu apa yang keempat-empat penaung itu alami bukan sesuatu yang boleh dipertikaikan.
Sehun dan Xiumin kembali ke markas pada malam itu dan tiada siapa membuka mulut untuk bertanya atau menyatakan rasa simpati. Adalah lebih baik jika mereka buat tidak tahu dan membiarkan perkara itu. Kedua-dua lelaki itu juga sepertinya sudah kembali normal. Latihan kini mula dijalankan. Berganti dengan giliran untuk mencari baki sembilan orang Huruf yang masih ada.
"Cuba elak kuasa saya ni!!" pekik Chanyeol.
Jin yang kini sudah menjadi halimunan mula panik. Dia mula berlari ke serata tempat.
"Saya boleh kesan pasir pada kasut awak!!" jerit Chanyeol sambil menembakkan kuasanya.
Hoshi dan V hanya ternganga di sebelah Chanyeol. Hoya mula hanya berdiri memandang sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.
"Cuba buat saya tak dapat kesan di mana awak!" arah Chanyeol tanpa berhenti melakukan apa yang dia lakukan.
Jin menggerutu. Selama ini dia fikir itu adalah perkara yang paling senang untuk dilakukan. Tapi kali ini dia silap. Sepertinya Chanyeol dapat mengesan di mana dia berada walaupun tidak kelihatan.
"Ouch!" Jin mengerang apabila dia terjatuh di tanah akibat terkena angin yang ditembak oleh Chanyeol. Dia segera mematikan kuasanya dan mereka dapat melihatnya semula yang kini sudah terbaring.
Chanyeol mendengus perlahan. "Jin..."
"Saya tahu." Jin memintas ketika dia berdiri. "Saya masih lemah dan perlu banyak berlatih."
Chanyeol menarik nafas panjang. "Saya tak tahu apa kelebihan kuasa awak. Tapi... Saya masih boleh tangkap awak. Itu bahaya."
Jin hanya membuat muka yang sayu.
"Satu lagi..." Chanyeol memandang lelaki itu. "Awak kena hati-hati. Awak boleh terkena serangan dalam pertempuran walaupun ia tak disasarkan pada awak. Payah nanti."
Jin hanya mengangguk lemah.
"Bagus lah tu." Hoshi melemparkan senyuman ceria pada Jin. "Awak masih boleh berada dalam perlawanan. Saya tak boleh buat apa-apa langsung."
Chanyeol hanya melemparkan senyuman tawar pada lelaki itu. "Maaf, Hoshi... Setakat ni kami hanya tahu kuasa awak cuma boleh membuat orang ikut cakap awak."
"Tak mengapa." Hoshi hanya tersenyum manis langsung tidak kisah. "Saya bersyukur. Banyak kegunaan pada hidup saya."
Chanyeol hanya tersengih kemudian menggelengkan kepalanya.
"Boleh tahan awak ya."
Chanyeol segera memandang Hoya. Lelaki itu kini sudah tersenyum-senyum memandangnya.
"Awak boleh tahu di mana Jin berada walaupun awak tak nampak." Hoya mengangkat bahunya. "Macam mana awak buat.?"
Chanyeol tergelak sedikit. "Dia ada tinggalkan tanda lah."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanficMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...