>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Baekhyun (EXO) as Byun Baekhyun (Huruf B).
Bab 35
"Ya, ya. Saya!"
Semua mereka berpandangan agak kebingungan. Tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku.
"Baek.??" Luhan cuba memastikan perkara itu.
"Ya, saya." Lelaki itu mendengus.
Luhan mengelipkan matanya seketika sambil membuka mulut. "Tapi... Kenapa mata awak..."
"Oh..." lelaki itu baru teringat mengenai perkara itu kemudian segera tunduk untuk melakukan sesuatu. "Saya guna kanta lekap."
Mereka semua melihat ke arah benda kecil yang sukar untuk di lihat pada tangan lelaki itu. Yang lain pula agak teruja memandang mata biru bersinar lelaki itu kerana ia adalah kali pertama.
"Mata awak..." Jin kini sudah ternganga. "Semulajadi ke.?"
Baekhyun hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum sinis.
"Wah..."
"Awak ni!!!" Kris menggenggam buku limanya erat sambil mengetap giginya kegeraman. "Main-main lagi!!"
"Maaflah." Baekhyun mengangkat kedua-dua tangannya. "Awak bukannya tak kenal saya kan.??"
"Kami benar-benar tertipu awak tahu tak." Luhan menggerutu.
Baekhyun hanya tersengih lalu memandang Kyungsoo yang masih menjeling ke arahnya. "Nasib baik dia ni kenal."
Kyungsoo menggolekkan bebola matanya kemudian segera kembali ke dapur untuk bekerja.
"Jadi... Ini Baekhyun.?" L mengecilkan matanya merenung lelaki itu.
Baekhyun mengangkat keningnya kemudian memandang Luhan, Kris dan Kyungsoo silih-berganti. "Apa yang dah jadi ni.? Kenapa saya masih hidup.?"
"Kami tunggu awak datang untuk cari tahu mengenai itu." Kris membalas sambil mengangkat bahunya.
"Peperangan lepas..." Baekhyun memandang Luhan. "Macam mana..."
Kata-kata lelaki itu terhenti apabila melihat riak wajah lelaki itu yang dapat difahaminya untuk mendapatkan jawapan.
"Awak guna cara yang kita bincang.??"
Luhan hanya mengangkat bahunya. "Saya ada pilihan lain lagi ke.?"
Baekhyun mengangguk-angguk tanda faham.
"Kenapa awak pakai kanta lekap.?"
Baekhyun segera memandang Xiumin yang kini memandangnya dengan wajah serius. "Wuoh, Xiumin... Saya hampir tak kenal awak. Saya pakai sebab saya tinggal di tempat yang normal. Semua orang asyik pandang saya dengan mata ni."
Mereka hanya mampu ketawa kecil.
"Jadi..." Baekhyun menarik nafas panjang sambil memandang setiap orang yang ada di situ. "Apa yang saya tertinggal.?"
"Tak ada apa-apa." Luhan menarik nafas panjang. "Kami tunggu awak yang kaji semuanya."
"Apa maksud awak.??" Baekhyun mengerutkan dahinya.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...