Merah

1.5K 126 8
                                    

Bab 41


Hoya berjalan dengan sangat tidak selesa sekali di situ. Dia sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Berdiri di tengah-tengah antara dua lelaki yang boleh dikatakan musuh daripada hati amat tidak menyenangkan. Mungkin Luhan langsung tidak tahu apa-apa mengenai ini kerana lelaki itu hanya fokus dengan misi. Tapi Hoya dapat melihat wajah Jimin yang berusaha untuk mengelak daripada memandang Luhan.

"Saya rasa kat sini tempatnya." Luhan memandang sekeliling apabila sampai di suatu kawasan yang berbukit. Jimin dan Hoya turut memandang sekeliling sambil mengerutkan dahi mereka.

"Kat sini.??" Hoya memandang Luhan.

Luhan hanya mengangguk-angguk kemudian menuding ke arah sebuah pintu masuk gua yang dikeliling dengan akar-akar hidup yang sangat tebal. Serentak kedua-dua mereka membesarkan mata.

"Kita dah sampai." Hoya menarik nafas lega.

"Jom kita masuk." Ujar Jimin.

"Nanti!!"

Serentak Hoya dan Jimin memandang Luhan yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Kenapa.??" Jimin berkerut kebingungan.

Luhan menarik nafas panjang lalu menghembus kuat. "Awak fikir kenapa kita diletakkan pada kumpulan ni..."

Jimin dan Hoya berpandangan tidak tahu apa-apa.

"Kita perlu..."

Belum sempat Luhan menghabiskan kata-katanya, tanah yang mereka pijak itu kini bergegar menyebabkan mereka berundur sambil memandang sekeliling dalam keadaan yang terumbang-ambing. Hoya dan Jimin kelihatan terkejut sambil membesarkan mata mereka tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Sesuatu kini sedang bergerak-gerak dari dalam tanah itu seperti hendak naik ke atasnya. Luhan, Hoya dan Jimin segera berlari mencari tempat yang selamat untuk dipijak. Tidak semena-mena, rangka-rangka besi keluar dari tanah itu satu-persatu dengan bentuk seperti rangka robot yang tidak siap dibuat. Ia bergerak seolah-olah bernyawa.

"Apa hal..." Luhan mengerutkan dahinya memandang rangka-rangka besi yang bergerak itu. "Sebelum ni... Lain."

"Apa ni.??!" Pekik Jimin mula takut.

Luhan masih lagi berdiri tercegat di tempat dia berdiri. Dia masih lagi ingat dengan jelas bahawa sebelum ini mereka berhadapan dengan rangka-rangka tengkorak yang hidup dan menyerang mereka. Tapi kali ini berbeza.

"Baekkie, Baekkie..."

"Apa kita perlu buat.??!" Hoya bertanya dalam keadaan menjerit kerana tempat dia berselindung kini agak jauh dari Luhan.

"Kita kena lawan lah!" Selamba Luhan membalas.

Jimin menembakkan kuasa batunya ke arah rangka-rangka itu bagaimanapun segera terkejut kerana tiada apa-apa kesan pada mereka. Salah satu rangka itu menembak ke arah Jimin menyebabkan lelaki itu terhumban jatuh.

"Argh!!"

"Jimin!!" Hoya memekik lalu memandang Luhan.

Luhan hanya membalas pandangannya dengan wajah berkerut. Dia kini sedang memikirkan cara bagaimana untuk menghentikan rangka-rangka besi itu. Kali terakhir dia masih ingat bahawa kuasa pertirnya tidak berkesan pada penjaga bebola kristal itu.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now