Bab 44
Hoshi mengetap giginya kegeraman memandang papan catur di hadapannya itu. Kadangkala, kukunya akan digigit menandakan bahawa dia sedang buntu. Kyungsoo hanya tersengih memandang gelagatnya. Dia duduk tenang menanti lelaki itu bertindak. Seungcheol mengelip-ngelipkan matanya memandang Hoshi. Yixing, Woohyun dan Zitao pula tidak sabar untuk mengetahui apa keputusan perlawanan itu, manakala L hanya membaca buku di tempat berdekatan dan akan memandang mereka sekali sekala.
"Okey! Saya mengaku kalah!" Hoshi mendengus kuat.
"Permainan belum tamat pun kan.?" Woohyun mengangkat keningnya sambil cuba menahan ketawa.
"Kalau saya gerakkan permaisuri..." Hoshi memandang papan catur itu semula. "Dia akan perangkap raja. Tak ada beza pun."
Serta-merta tawa ketiga-tiga lelaki yang menjadi penonton sebelum ini itu meletus. Seungcheol hanya mampu memandang Hoshi simpati.
"Macam mana awak boleh bermain dengan baik.??" Hoshi merenung Kyungsoo dengan wajah yang penuh rasa ingin tahu.
Lelaki comel itu hanya mengangkat bahunya. "Saya pun tak tahu."
"Saya perlu belajar dengan awak nanti." Hoshi bersuara serius dengan riak wajah yang sama menyebabkan Kyungsoo ketawa.
"Soo..."
"Hmm.??" Lelaki itu mengangkat keningnya memandang Zitao.
"Awak rasa..." Zitao berfikir seketika dengan wajah yang sayu. "Awak rasa Kris benci saya tak.?"
Kyungsoo mengukir senyuman manis mendengar soalan itu. "Secara jujurnya saya rasa tak."
"Betul ke.??" Zitao cuba memastikan.
Kyungsoo mengangguk yakin sambil membetulkan kedudukannya. "Sebelum ni... Dia asyik mengamuk tak tentu pasal bila orang yang berkuasa air tu ada berdekatan. Tapi sekarang ni tak. Saya tengok dia okey je dengan awak."
"Nasib baik." Zitao menarik nafas lega.
"Awak kena faham je..." Kyungsoo bersuara lagi. "Boleh dikatakan dia pernah mati sebelum ni oleh kuasa air. Kalau ada apa-apa... Mungkin sebab dia kena berhati-hati untuk dirinya."
"Tapi dia kan kuat.?" Seungcheol mengerutkan dahinya. "Mustahil Zitao boleh mengancam dia."
"Macam tu lah sebelum ni." Kyungsoo membalas tenang. "Sebab kami langsung tak sangka kuasa air boleh kalahkan dia."
"Kuasa air dan api kan adalah kuasa yang paling kuat selepas petir." L mencelah secara tiba-tiba. "Tapi api tetap akan kalah pada api."
"Ah..."
Kyungsoo mengangguk ketika mereka semua memandang lelaki itu. "Sebelum ni orang berkuasa air terlibat dalam misi untuk mengambil bebola kristal sebab kuasanya antara yang kuat. Tapi..." Kyungsoo segera menyambung apabila melihat mereka ingin bertanya. "Pada misi itu juga orang yang berkuasa air ditangkap dan mengkhianat."
Semua orang terdiam tidak berkata apa-apa.
"Baekhyun benar-benar tertekan dengan keputusan yang dia buat masa tu." Kyungsoo menyambung. "Sebab tu dia tak masukkan Zitao dalam mana-mana kumpulan pula. Dia gantikan Jongin."
Semua orang mengangguk-angguk tanda faham.
"Tapi kan..."
Belum sempat Yixing menghabiskan ayatnya untuk bertanya, kedengaran bunyi seperti sesuatu telah jatuh membuatkan mereka berpaling secara serentak. Baekhyun kini terbaring di tanah sambil tangannya masih memegang lelaki yang seperti sudah tidak bernyawa itu. Mark dan Jin kelihatan terhuyung-hayang agak pening. Sehun, Daehyun dan Jungkook hanya menarik nafas lega sambil memandang sekeliling.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
Fiksi PenggemarMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...