>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hoshi from Seventeen as In Hoshi (Huruf I). :)
Bab 7
Xiumin dan Chen berjalan beriringan bersama Bambam yang kelihatan teruja. Lelaki itu benar-benar gembira apabila Sehun mengarahkan dia ikut keluar untuk mencari. Mereka tidak mahu orang-orang baru dalam Huruf itu terperangkap dalam markas. Pada zaman mereka, mereka semua bersama-sama sehingga dapat terkumpul. Itupun pada situasi yang berbeza.
"Apa saya patut buat.?" Tanya Bambam yang muncul di tengah-tengah Xiumin dan Chen.
"Tengok sekeliling." Chen menjawab. "Kalau ada apa-apa yang luar biasa. Atau lebih spesifik... Pelik."
Bambam kelihatan bingung.
"Awak fikir macam mana kami jumpa awak, Bambam.?" Xiumin mendengus perlahan.
"Pelik ke saya.??" Bambam bertanya dengan nada buat-buat terkejut.
"Awak rasa normal ke kalau sesuatu bergerak terlalu laju di tengah-tengah orang ramai ni tanpa dapat dilihat secara jelas.??" Xiumin mengangkat keningnya.
"Okey." Bambam segera mengalah.
Keadaan sunyi sepi seketika. Chen dan Xiumin meneruskan apa yang mereka lakukan dengan memandang sekeliling. Bambam masih lagi kelihatan bingung di situ. Dia hanya memandang sekeliling tanpa tujuan.
"Oh, ya. Bambam..."
Bambam segera memandang Chen yang kini sudah memandangnya.
"Dah berapa lama awak dengan Mark... Bersama.?"
Bambam kelihatan berfikir seketika. "Rasanya dah lapan tahun. Sejak kami di rumah anak yatim lagi."
"Kamu memang rancang nak lari sama-sama ke.?" Tanya Chen lagi.
"Boleh dikatakan macam tu." Bambam mengangkat bahunya. "Saya je pada mulanya. Tapi dia tak nak tinggal kat sana kalau saya tak ada."
"Wow...." Xiumin menggolekkan bebola matanya. "Saya tak sangka kisah cinta seperti itu wujud."
"Oh, tolonglah." Bambam menggerutu. "Kalau awak tak pernah bercinta jadi jangan banyak cakap."
Riak wajah Xiumin berubah serta-merta. Kulitnya yang putih kelihatan merah padam dan matanya tidak berkelip seolah-olah dia baru sahaja ternampak hantu. Chen pula sudah memandang Xiumin risau. Bambam hanya kebingungan tidak tahu apa yang berlaku pada situasi itu.
"Hei... Jom kita makan dulu kat restoran tu." Chen segera mengubah topik secara rawak.
"Jom!!" Bambam memekik, menyangka ianya adalah benar.
"Jom." Chen memandang Xiumin. "Jom, Xiumin."
Xiumin menarik nafas panjang kemudian segera menyusul mereka masuk ke dalam kafe kecil itu. Ia agak lengang dan tidak begitu ramai orang di situ. Bambam segera duduk di suatu sudut. Chen dan Xiumin duduk di hadapannya.
"Kamu belanja kan.??" Bambam memandang Chen dengan wajah bersinar-sinar penuh harapan.
Chen mendengus sambil menggolekkan bebola matanya. "Saya akan belanja."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanficMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...