>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Jeon Jungkook from BTS as Yeon Jungkook.
Bab 10
Geseran pintu batu itu terbuka sebelum Chanyeol dan Jungkook melangkah masuk. Jungkook kini ternganga memandang tempat itu dengan mata yang terbuka luas. Dia dapat merasakan air liurnya hampir meleleh. Ia benar-benar cantik dan menyenangkan. Tidak pernah lagi dia melihat tempat seperti itu.
"Tempat apa ni.?"
"Ini lah markas puak Huruf." Chanyeol menjawab.
Jungkook memandang Chanyeol dengan mata yang terbuka luas. "Jadi... Kamu berkumpul selama ni..."
"Ya. Di sini."
"Channie..."
Serentak Chanyeol dan Jungkook menoleh walaupun hakikatnya hanya Chanyeol seorang sahaja yang dipanggil. Chen muncul sambil memandang Jungkook dari atas ke bawah dengan dahi berkerut.
"Ya." Chanyeol segera mengisyaratkan supaya Jungkook mengikutnya. Kedua-dua mereka segera berjalan ke ruang markas itu.
Xiumin kini sedang duduk berpeluk tubuh di meja makan. Wajahnya berkerut serius jelas memikirkan sesuatu. Seungcheol sedang duduk di kaunter tidak tahu hendak berbuat apa. Bambam dan Mark sedang duduk di suatu sudut dengan wajah risau yang kebingungan. Keadaan agak tegang pada ketika itu.
"Mana Sehun.??" Tanya Chanyeol.
Semua orang yang ada di situ memandangnya kemudian berpandangan sesama sendiri tidak menjawab.
"Ada sesuatu yang berlaku ke.?" Chanyeol memandang Chen yang berada paling dekat dengannya.
"Ia terjadi lagi."
Chanyeol mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak.??"
Chen mendengus perlahan kemudian memandang ke arah Xiumin yang sepertinya mengelak untuk bertentang mata dengan sesiapa pun.
"Kali ni giliran Hoshi kena serangan..."
Chanyeol membesarkan matanya. "Serangan.??"
Chen mengangguk. "Dia kena teruk macam yang Bambam kena sebelum ni. Dia muntah darah."
Mulut Chanyeol kini ternganga. "Mana dia sekarang.??"
"Kat dalam." Chen menjawab. "Sehun tengah rawat dia."
Chanyeol kini kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada puak itu kini. Pelbagai perkara aneh mula berlaku menyebabkan mereka semua dalam keadaan kalut tidak tahu apa jawapannya.
"Awak bawa balik Jungkook..."
Chanyeol tersentak kemudian memandang Xiumin yang sudah mengangkat keningnya. Chanyeol hampir terlupa lelaki itu ada di situ. "Oh..."
Semua orang kini memandang Jungkook yang kelihatan bingung berdiri di belakang Chanyeol.
"Dia adalah Huruf."
Kenyataan membuatkan Xiumin membesarkan matanya. Yang lain hanya memandang lelaki itu teruja.
"Nanti..." Xiumin bangun dari tempat duduknya. "Awak... Huruf.?? Macam mana boleh jadi.?"
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
Fiksi PenggemarMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...