Bab 29
Xiumin berjalan beriringan bersama Sehun dan Chen. Sudah beberapa hari mereka tidak bertemu dengan kelibat lelaki yang berwajah sama dengan Kris itu. Entah di mana dia berada saat ini kerana dia juga tidak masuk kerja. Sepertinya dia mengelak untuk berjumpa dengan mereka.
"Tak guna!" Xiumin menggerutu hampir menghentakkan kakinya dengan kuat. "Dia benar-benar bersembunyi!!"
Chen dan Sehun tidak berkata apa-apa. Mereka juga bersetuju mengenai hal itu. Lelaki itu memang mengelak dari mereka.
"Macam mana kita nak cari dia.??" Xiumin menderam lagi. Wajahnya merah padam menahan geram.
"Kita tak tahu dia tinggal di mana." Chen memandang sekeliling tanpa sebab.
"Kalau kita tahu..." Xiumin mengetap giginya. "Mesti dia akan pindah rumah. Dia benar-benar tak nak kita jumpa dia."
Chen dan Sehun mengeluh serentak.
"Kita sepatutnya minta bantuan Daehyun tadi." Chen menyatakan pendapatnya sambil mendengus perlahan.
"Kita tak tahu pula akan jadi macam ni." Sehun menarik nafas panjang lalu mengangkat bahunya.
"Habis tu apa kita nak buat sekarang.??" Chen memandang Xiumin dan Sehun silih-berganti.
Sehun hanya mengangkat bahunya sambil menuding ke arah Xiumin menggunakan mulutnya sebagai tanda lelaki itu yang harus membuat keputusan.
"Kita balik dulu." Xiumin mengeluh panjang. "Kita perlukan Daehyun untuk cari dia nanti."
Chen dan Sehun hanya menurut. Mereka segera meneruskan perjalanan mereka untuk kembali ke markas. Keadaan kaki lima itu agak lengang kerana cuaca yang begitu. Awan gelap mula kelihatan. Ia mendung dan angin kuat turut bertiup membuatkan mereka merasa sejuk seketika.
"Nampaknya tak lama lagi hujan." Chen memandang ke langit apabila mendengar bunyi guruh yang berdentum kuat.
Kedua-dua lelaki itu turut mendongak tidak berkata apa-apa. Mereka hanya meneruskan perjalanan sehingga Sehun merasakan ada sesuatu yang bergegar dalam dirinya. Dia segera berhenti berjalan.
"Sehun..." Xiumin memandang lelaki itu agak pelik. Chen turut berhenti berjalan dan memandang ke arahnya.
Sehun tidak membalas sebaliknya berfikir sendirian. Dia cuba memastikan dari mana datangnya gegaran itu. Dia benar-benar merasainya. Sesuatu seperti kejutan elektrik kini bergetar dalam tubuhnya. Tidak semena-mena dia tersentak. Dia kenal benar perasaan ini. Dia masih lagi ingat.
"Luhan.??"
Chen dan Xiumin tersentak apabila mendengar nama itu terpacul keluar dari mulut Sehun. Lelaki itu kini sudah membesarkan matanya sambil memandang sekeliling untuk mencari sesuatu.
"Sehun.??" Chen memanggil lelaki itu. "Kenapa ni.??"
"Kuasanya..." Sehun menjawab tanpa memandang wajah lelaki itu. Matanya masih memandang sekeliling. "Saya dapat rasa kuasanya."
Xiumin memandang sekeliling tanpa tujuan. "Kuasa siapa.?"
"Kuasa Luhan!"
Kenyataan itu membuatkan Chen dan Xiumin terkejut lalu berpandangan sesama sendiri. Mereka turut memandang sekeliling jika benar ada kelibat Luhan di situ. Sehun kini sudah mula berjalan. Dia sendiri tidak sedar bahawa kakinya sudah mula bergerak membawa dia entah ke mana dia sendiri juga tidak pasti.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...