Bab 48
Sudah agak lama Chanyeol berdiri di tengah-tengah padang berumput itu menghadap ke arah matahari yang hampir tertutup oleh awan. Matanya dipejam erat ingin melupakan segala masalah yang berada di sekelilingnya. Angin lembut kini bertiup memukul badannya. Keadaan itu amat menenangkan.
Dia sendiri tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia suka bersendiri. Jika dia tidak terlibat dalam latihan, dia pasti akan ke suatu tempat seorang diri dengan masa yang agak lama dari biasanya. Dia seharusnya gembira kerana semuanya hampir kembali kepada sediakala. Dengan kehadiran lelaki bermata biru yang sentiasa menjadi tumpuannya. Tapi entah kenapa ada sesuatu yang kosong dirasakannya.
"Kat sini rupanya awak."
Chanyeol segera membuka matanya kemudian menoleh memandang ke belakang. Hoya berdiri dengan wajah yang tersenyum sedikit sambil berpeluk tubuh memandang lelaki itu dengan mata tajamnya.
"Oh, Hoya." Chanyeol mula mengukir senyuman tawar yang mana dia sendiri tidak tahu bagaimana senyumannya boleh jadi seperti itu.
Hoya menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan sebelum berhenti betul-betul di sebelah lelaki itu. "Kebelakangan ni awak suka bersendiri."
Chanyeol memandang sekeliling turut menarik nafas panjang. "Saya tak tahu. Mungkin saya perlukannya."
Hoya hanya mendengar jawapan lelaki itu tanpa memandang wajahnya. Tidak tahu kenapa dia tidak sanggup itu bertentang mata dengan lelaki itu walaupun hanya untuk seketika sahaja.
"Awak masih tak luahkan pada dia lagi.?"
Pertanyaan itu membuatkan Chanyeol tersentak seketika. Dia menelan air liur tanpa sebab.
"Awak belum luahkan." Hoya tersengih ketika menjawab soalannya sendiri.
"Benda tu tak penting sekarang." Chanyeol mendengus perlahan.
"Tapi awak jadi macam ni kalau awak tak luahkan." Hoya memberanikan dirinya memandang Chanyeol.
Chanyeol mendengus sekali lagi. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kenyataan lelaki itu.
"Kenapa awak tak beritahu dia.?" Hoya bertanya.
"Apa yang awak harapkan dengan saya berbuat demikian.??" Chanyeol membalas pandangan lelaki itu.
Hoya tidak menjawab. Dia hanya terus-menerus merenung mata lelaki yang berada di hadapannya itu.
"Awak nak saya tahu perasaan dia macam mana.??" Chanyeol mengangkat keningnya dengan rasa bengang. "Sama ada Baekhyun tu pun suka saya ataupun tak.?? Macam tu ke yang awak nak.??"
Hoya menarik nafas panjang tanpa memutuskan pandangan matanya. "Bukan itu yang saya nak."
"Habis tu.??" Chanyeol langsung tidak sedar bahawa nada suaranya kini sudah mula meninggi.
Hoya merenung wajah lelaki itu agak lama sebelum menggenggam buku limanya erat di sisi. "Saya cuma nak tahu yang saya ada peluang untuk berada dalam posisi Baekhyun ataupun tidak."
Chanyeol terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Jantungnya seperti terhenti seketika. Segala benda yang bergerak di sekeliling mereka kini dirasakan sudah berhenti sama seperti nadinya.
"A... Apa.?"
Hoya tergelak sedikit. "Awak tahu apa yang saya cakapkan, Chanyeol. Sebab awak belum luahkan pada Baekhyun. Jadi... Saya nak luahkan pada awak."
Chanyeol menelan air liurnya.
"Saya suka dengan awak, Chanyeol."
Chanyeol menggigit bibirnya. Tidak bersedia langsung untuk mendengar semua itu. Dia tidak tahu hendak berkata apa.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...