Penaung Yang Lalu

1.8K 133 16
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Wen Junhui (Seventeen) as Nuan Junhui.


Bab 13


Xiumin melangkah masuk ke dalam markas itu dengan wajah yang suram. Bambam hanya menyusul dengan wajah yang bersinar-sinar kerana dia terhidu masakan Mark di dapur. Chen pula berjalan bersama Junhui yang kini ternganga memandang tempat itu. Mereka sudah menerangkan semuanya kepada lelaki itu mengenai markas dan segala-gala yang mereka tahu mengenai Huruf.

"Kamu jumpa.?" Chanyeol mengangkat keningnya dari meja makan itu sambil memandang Junhui.

Xiumin segera masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata. Sehun memandang lelaki itu seketika kemudian memandang Chen agak pelik. Hoshi dan Seungcheol yang duduk di meja makan itu hanya memandang teruja ke arah Junhui. Ahli mereka bertambah adalah satu perkara yang baik. Jungkook dan Mark sibuk bekerja di dapur dengan gembiranya ketika Bambam menyertai mereka.

"Kenapa dengan Xiumin.?" Tanya Sehun ketika Chen menyertai mereka di meja makan.

"Terlibat dalam sedikit pergelutan." Chen mengangkat bahunya cuba menahan diri daripada ketawa.

Chanyeol dan Sehun segera tersengih. Mereka faham apa yang Chen maksudkan dengan 'pergelutan'. Bukannya pertama kali mereka melihat pergelutan dalam misi pencarian seperti itu.

"So..." Hoshi memandang Junhui yang masih lagi berdiri agak kekok. "Siapa nama awak.?"

"Nuan Junhui."

Hoshi mengangguk-angguk. "Huruf N."

"Saya Yeon Jungkook." Jungkook melambai dari dapur. "Ini Fu Mark."

"Hai." Mark hanya melemparkan senyuman manis.

"Saya In Hoshi." Hoshi bersuara lagi. "Ini Go Seungcheol. Yang itu adalah Park Chanyeol dan yang satu lagi Oh Sehun."

Junhui hanya mengangguk-angguk.

"Apa kuasanya.?" Chanyeol memandang Chen.

Chen mengangkat bahunya sambil memandang Junhui agak berkerut. "Saya cuma tahu dia boleh lukakan orang."

"Saya boleh keluarkan benda tajam dari tangan saya." Junhui segera menjawab untuk dirinya.

"Benda tajam.??" Ulang Sehun sambil berkerut.

Junhui mengangguk-angguk.

"Apa sahaja benda.??" Sehun bertanya lagi.

"Apa sahaja benda tajam." Junhui mengangguk lagi. "Pisau, jarum, pedang dan macam-macam lagi."

"Wow." Sehun kelihatan teruja.

"Tak hairan lah awak boleh lukakan lengan saya."

Serentak semua orang menoleh. Kelihatan Xiumin berjalan keluar dari biliknya dengan memakai baju tanpa lengan menampakkan kulitnya yang putih melepak. Balutan ketara di situ. Ototnya juga kelihatan sedikit menyebabkan Seungcheol mengalihkan pandangannya dengan wajah yang merah padam. Junhui tergamam memandang Xiumin. Mark pula ternganga menyebabkan Bambam merenungnya tajam.

"Jangan lupa yang awak ada teman lelaki."

Mark tersentak kemudian menggelengkan kepalanya. Jungkook hanya tersenyum kerana tahu kenapa lelaki itu boleh mempunyai badan yang baik. Xiumin adalah pemain tinju semasa di kolej. Dia masih lagi ingat lelaki itu pernah berlawan dengan Kris suatu masa dahulu. Chanyeol dan Chen berpandangan sambil tersenyum sinis kerana mereka perasan riak wajah setiap orang di situ. Sehun pula langsung tidak perasan mengenai apa-apa yang berlaku.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now