Bab 8
Ambil masa berjam-jam untuk Xiumin menenangkan dirinya. Tiada siapa tahu ke mana dia seharian di kawasan markas itu. Hanya Sehun yang bergerak untuk pergi mencarinya. Mereka berbincang agak lama dan Xiumin menerima hakikat bahawa lelaki itu bukan Kris walaupun masih ada keraguan di hatinya. Dia tidak menyertai makan malam dan hanya kembali ketika hendak tidur.
Keadaan pada pagi itu agak tegang dari biasanya. Chanyeol keluar bersama Mark dan Chen untuk misi mencari. Bambam dan Hoshi duduk berbual di sebuah kerusi, manakala Seungcheol duduk menyendiri sambil bermain-main dengan bunga yang dipetiknya. Lelaki itu masih lagi tidak begitu terbuka. Dia tidak begitu ramah dengan semua orang dan hanya bercakap bila perlu sahaja. Sehun kini duduk sambil cuba meneliti buku usang itu.
Xiumin keluar dari biliknya sambil mengeliat panjang. Berusaha untuk tidak mengenangkan apa yang berlaku kelmarin. Dia hanya berjalan malas menyertai Sehun yang sudah memandangnya sambil tersenyum manis.
"Selamat pagi."
"Selamat pagi." Balas Xiumin dengan nada mengantuk.
"Sarapan lah." Ujar Sehun.
Xiumin tidak membantah. Dia segera mencapai roti bakar yang terletak di atas meja lalu menggigitnya.
"Saya bukan nak cakap apa, tapi..." Sehun merenung lelaki itu tajam. "Awak dengan Chen ni sama je. Tak nak gosok gigi dulu sebelum makan."
Xiumin menggerutu. "Awak sepatutnya jadi mak saya."
"Awak patut bersyukur awak rasa macam tu." Sehun membalas menggolekkan bebola matanya.
Xiumin mendengus perlahan. "Siapa yang keluar hari ni.??"
Sehun memandang sekeliling tanpa sebab. "Chanyeol dengan Chen. Mereka bawa Mark sekali."
Xiumin mengangguk-angguk. "Bagus lah tu. Tak juga mereka terperap je kat tempat ni."
Sehun turut mengangguk bersetuju.
"Setakat ni belum ada rantai yang terhapus kan.??" Xiumin mengangkat keningnya memandang lelaki itu.
Sehun menggelengkan kepalanya. "Saya baru periksa kotak tu. Masih lengkap lagi semuanya."
Xiumin segera mengerutkan dahinya. "Pelik. Kenapa rantai tu tak berkurangan.?? Maksud saya... Boleh dikatakan kita sekarang ni dah terlambat dalam misi pencarian ni. Sepatutnya ada banyak yang dah hilang."
"Mungkin mereka tak diserang atau dijumpa oleh musuh." Sehun mengangkat bahunya.
"Itu lagi pelik." Xiumin bersuara lagi. "Nampak macam tak ada musuh yang muncul. Awak yakin ke semua dah bermula.?"
Sehun mengeluh seketika. "Ini yang saya bingung. Sepatutnya bila rantai Luhan bercahaya... Fasa baru dah mula. Tapi sekarang ni macam tak ada apa-apa yang berlaku pula. Saya pun tak tahu."
"Tapi kuasa dah boleh guna." Xiumin menarik nafas panjang. "Maksudnya kita dah perlukannya."
Sehun mengangguk. "Kita tak dapat nak buat kesimpulan apa-apa sebab tiada tanda yang kita dapat."
"Nampaknya kita kena berharap sesuatu akan ditunjukkan." Xiumin mengangkat bahunya.
"Awak rasa..." Sehun meneguk airnya seketika sebelum kembali memandang Xiumin. "Kita perlukan bebola kristal tak.?"
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanficMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...