Biru

1.7K 125 7
                                    

Bab 39


Semua kumpulan berlepas serentak di awal pagi itu. Pelbagai kerenah terpaksa dihadapi sebelum semuanya bertolak. Ada yang ingin tarik diri daripada keluar dan ada juga tidak henti-henti bertanyakan soalan. Pelbagai masalah mula timbul sehingga menyebabkan Baekhyun terpaksa menerangkan semuanya satu-persatu.

Chanyeol, Suho dan Bambam kini sudah berjalan jauh. Sepanjang perjalanan, mereka terpaksa menenangkan lelaki itu kerana terlalu merisaukan keadaan Mark. Mereka tidak menyalahkannya memandangkan Mark berpuluh-puluh kali ganda lebih penting daripada yang lain padanya.

"Kamu rasa mereka akan selamat ke.?"

Chanyeol segera mendengus apabila mendengar soalan itu yang dia sendiri sudah tidak ingat kali ke berapa.

"Bambam..." Suho memandang lelaki itu. "Ini dah kali ke sembilan belas awak tanya benda yang sama. Satu je lagi dah dua puluh."

"Kamu rasa mereka akan selamat ke.?" Bambam menyakat. "Dah sampai dua puluh kali dah."

Suho menggenggam buku limanya hampir menumbuk lelaki itu sambil mengetap giginya kegeraman.

"Awak tanya sampai awak dah tak boleh bercakap pun..." Chanyeol segera mencelah. "Jawapan kami tetap sama."

Bambam melepaskan keluhan panjang.

"Bertenang lah. Semuanya akan okey." Suho cuba untuk menyenangkan hati lelaki itu walaupun dia tahu tidak akan berjaya.

"Tapi tempat yang mereka nak pergi tu bahaya sangat." Bambam menyatakan pendapatnya. "Mark tak boleh buat apa-apa untuk melindungi dia.?"

"Saya bukan nak cakap apa lah, tapi..." Suho memandang lelaki itu. "Awak boleh buat apa-apa ke untuk lindungi dia.?"

"Sekurang-kurangnya saya boleh bawa dia lari terus." Bambam cuba untuk membela diri.

"Kuasa dia teleportasi." Suho memberitahu. "Dia pun boleh pergi sendiri."

Bambam mengelipkan matanya seketika tidak mampu untuk membalas lagi. Ada benarnya juga.

"Lagipun Jungkook ada bersama mereka."

"Jangan risau, Bam." Chanyeol bersuara perlahan. "Baekhyun mesti ada sebab kenapa dia bagi Mark masuk dalam kumpulan tu. Dia dah rancang semuanya baik-baik."

Bambam hanya mengangguk tidak bersuara lagi. Dia sudah berputus asa tidak mahu berdebat.

"Awak yang mencari kristal biru ni ke sebelum ni, Chanyeol.?"

Chanyeol segera memandang Suho yang sudah memandangnya tanpa berhenti berjalan kemudian mengangguk-angguk. "Saya, Baekhyun... Dan seorang lagi."

"Seorang lagi.??" Ulang Suho dan Bambam hampir serentak.

"Ya." Chanyeol mengangguk sambil memandang jalan di hadapannya. "Dia orang yang berkuasa cahaya macam awak."

Serentak kedua-dua mereka terkejut.

"Nampaknya saya gantinya dalam kumpulan ni." Suho mula berfikir sendirian.

"Maaf tanya, tapi..." Bambam berdehem seketika sambil cuba berdebat jika dia perlu menghabiskan soalan itu atau tidak. "Dia mati sebab apa.?"

"Dalam pertempuran." Chanyeol menjawab ringkas.

Bambam dan Suho tidak bertanya lagi. Mereka merasakan bahawa topik itu agak sensitif untuk dibincangkan.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now