Ujian

2.2K 140 21
                                    

Bab 36


Semua orang kini berkumpul di kawasan latihan itu dengan wajah yang penuh bersemangat. Cuaca pada petang itu agak berangin dan menyenangkan membuatkan mereka lebih selesa untuk melakukan aktiviti yang agak lasak. Ia akan memudahkan mereka untuk tidak cepat penat dan mengalah.

Hoya dan L kini berdiri di situ sambil berpeluk tubuh dan mengecilkan mata mereka bersama Jimin, Junhui, V, Jin, Zitao dan Yixing. Mereka hanya menunggu arahan yang bakal diberikan dengan tenang. Jungkook berdiri tegak sambil tersenyum sinis. Dia masih ingat betapa banyak soalan yang dilemparkan oleh Luhan dan Kris bertubi-tubi kepadanya sehingga kini. Mereka masih tidak percaya bahawa lelaki itu sudah menjadi salah seorang daripada mereka.

Hoshi, Bambam, Mark, Seungcheol, Suho, Woohyun dan Daehyun berdiri di belakang lelaki berlesung pipit itu dalam kedudukan yang hampir sama. Mereka turut menunggu dengan tenang arahan yang diberikan. Mereka kini penuh dengan semangat yang berkobar-kobar untuk hari itu.

Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen berdiri di hadapan mereka. Agak kekok untuk mereka memberi arahan memandangkan penaung lama sudah muncul kembali. Terasa seperti jawatan itu sudah beralih daripada mereka. Apa yang pelik, mereka lebih gembira berbanding kecewa.

Kyungsoo kini sudah duduk di suatu tempat berdekatan. Dia tahu dia tidak akan ikut apa-apa aktiviti pada hari itu. Luhan dan Kris kini hanya memandang setiap orang sambil cuba menyusun strategi untuk melatih mereka menggunakan semua kuasa yang mereka ada saat ini.

"Pergi berdiri di tengah."

Semua orang menurut. Tidak menyoal atau memberi reaksi pada arahan Kris. Luhan tersengih sedikit. Arahan yang keluar daripada mulut Kris masih membuatkan mereka takut dan menurut.

"Saya rasa kamu semua dah berlatih sebelum ni kan.?" Kris bertanya tanpa mengharapkan apa-apa jawapan.

Semua orang di situ hanya mengangguk-angguk. Ada yang masih kelihatan teragak-agak dan ada yang yakin.

"Jadi sekarang kamu cuma perlu diuji."

"Diuji.??" Hampir semua mereka mengulang serentak sambil berpandangan sesama sendiri.

Kris mengangguk-angguk. "Ini adalah ujian untuk kamu. Oleh kerana kamu sudah selesai dilatih."

Tiada sesiapa yang bersuara. Masing-masing kini berdebat dengan diri mereka untuk bertanya pelbagai soalan.

"Macam mana kami diuji.?" Jungkook bertanya. Dia sedikit berani berbanding yang lain kerana dia sudah pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini.

Kris memandang Luhan sekali imbas. Kemudian beralih memandang Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen yang juga sudah faham dan bersedia.

"Kamu akan berlawan dengan kami."

Kenyataan itu membuatkan semua orang terkejut lalu berpandangan tidak percaya. Mata mereka terbuka luas dengan mulut ternganga. Berharap bahawa lelaki berambut perang semulajadi itu sedang bergurau.

"Awak bergurau kan.??" Daehyun mengelip-ngelipkan matanya.

"Nampak macam saya tengah bergurau ke.?" Kris mengangkat sebelah keningnya dengan wajah yang selamba.

"Awak dah gila ke.??" Yixing ternganga. "Kamu tu berpuluh kali lebih hebat daripada kami."

"Sebab tu kamu kena lawan kami." Kris mengangkat bahunya selamba.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now