Bab 40
"Jauh lagi ke.?" Tanya V yang kelihatan sudah letih akibat berjalan tanpa henti sejak berlepas tadi.
Chen ketawa memandang lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya. Dia teringat kumpulannya suatu ketika dahulu. V kini mengambil peranannya. Dia sentiasa merungut sambil menebas-nebas rumput dan lalang yang ada di sekelilingnya sepanjang perjalanan. Dia segera teringat apa rakan seperjuangannya pernah cakapkan padanya suatu ketika dulu.
"Awak tahu tak..." Chen tersengih apabila mengingat ayat itu. "Xiumin pasti akan mengamuk kalau dia tengok apa yang awak buat dengan tumbuhan ni."
V ternganga lalu melepaskan kayu yang dipegangnya sambil memandang sekeliling agak risau jika Xiumin benar-benar ada di situ. Jongin pula hanya tersengih melihat gelagat lelaki itu.
"Jangan beritahu dia!"
Chen segera ketawa sambil berhenti berjalan dan memandang sekeliling. "Kita berehat kat sini dulu."
V menarik nafas lega kemudian segea duduk bersandar berdekatan sebuah pokok. Jongin turut menyertainya, manakala Chen duduk di atas satu batang yang tumbang di situ.
"Jauh lagi ke.?" Jongin bertanya agak tenang.
Chen memandang sekeliling. "Sebenarnya tak lah sangat kot. Kita tak perlu bermalam pun."
V kelihatan terkejut sambil membesarkan matanya. "Kita kena bermalam ke kat luar ni.?"
Chen tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya. "Dulu kami bermalam. Sebab kami hanya berpandukan pada peta dan masih tercari-cari. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab dah tahu jalan. Kita boleh balik hari ni juga."
Serentak V dan Jongin menarik nafas lega.
"Awak dulu sekumpulan dengan siapa.?" V memandang Chen sambil bermain dengan ranting di tangannya.
Chen menarik nafas panjang. Dia masih ingat dengan jelas siapa ahli kumpulannya saat itu. Lay dan Tao. Itulah kali terakhir dia melihat Tao sebagai puak Huruf. "Kedua-duanya dah tak ada."
"Ah..." serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk tidak bertanya dengan lebih lanjut lagi. Mereka dapat merasakan bahawa ia akan menjadi semakin sensitif jika terus dibincangkan.
"So... Jongin..."
Jongin segera memandang Chen sambil mengangkat keningnya. V turut memandang lelaki itu ingin mendengar apa yang akan dicakapkannya.
"Nini huh.?"
Jongin mengelip-ngelipkan mata seketika kemudian segera teringat bahawa itu adalah panggilan Kyungsoo untuknya. Serta-merta dia ketawa.
"Well..." Chen tersenyum sinis. "Awak dengan Kyungsoo..."
Jongin hanya mengangkat bahunya sambil tunduk menahan wajah yang merah padam dengan senyuman. "Saya pun tak tahu saya bersama dengan salah seorang yang amat penting dalam puak ni."
Chen segera ketawa. "Okey lah tu. Tambahan pula awak ahli puak ni juga. Dah elok lah tu."
"Eh, Chen..."
Chen beralih memandang V yang sudah membetulkan kedudukannya dengan wajah yang teruja.
"Baekhyun tu..." V masih kelihatan teruja. "Mata dia memang macam tu ke.? Warna biru laut.?"
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...