>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Choi Seungcheol from Seventeen as Go Seungcheol (Huruf G). :)
Bab 6
Chanyeol dan Sehun berjalan beriringan merentasi setiap kaki lima itu. Ia sepertinya sudah menjadi satu kebiasaan pada mereka melalui kawasan-kawasan seperti itu. Tiada apa yang mampu mereka lakukan melainkan hanya berlegar-legar dan memerhatikan kawasan sekeliling seperti itu. Jika sebelum ini mereka boleh merujuk kepada internet atau yang sewaktu dengannya, kali ini merka tidak boleh berbuat demikian kerana tiada apa-apa serangan yang berlaku.
Ini sesuatu yang baru dan sedikit melegakan bagi mereka kerana masih belum ada rantai yang berkurangan. Semuanya masih ada lengkap sembilan belas memandangkan tujuh sudah berada pada tuannya sendiri. Ini menandakan tiada sesiapa yang terbunuh dan mereka tidak terlambat untuk mencari mereka.
Satu-satunya yang masih menjadi masalah adalah mereka masih tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi. Tanda-tanda serangan atau sesuatu seperti itu masih belum kelihatan. Hanya suara aneh itu sahaja yang menjadi tanda tanya. Kemunculan kuasa-kuasa baru memberi tekanan yang besar pada mereka. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi penerangan secara lengkap seperti yang dilakukan oleh penaung sebelum ini. Mereka tiada pengetahuan yang banyak.
"Saya harap kita tak jumpa kuasa baru lagi." Chanyeol memecahkan kesunyian di antara mereka.
Sehun hampir tergelak. "Chanyeol... Ada empat belas kuasa baru yang kita akan jumpa. Kita hanya dapat kumpul dua belas je sebelum ni."
Chanyeol mendengus perlahan. "Terus terang... Saya kasihan tengok budak bertiga tu yang masih penuh tanda tanya. Kita tak boleh nak jawab apa."
Sehun turut mengeluh. "Apa yang kita nak buat.?? Kita pun tak tahu apa-apa pasal tu."
"Ada apa-apa tak Bambam beritahu pasal kebolehannya.?" Chanyeol memandang ke arah Sehun.
Sehun berfikir seketika. "Tak banyak. Cuma asas yang dia tahu. Itupun tak ada kelebihan yang dia dapat terangkan."
Chanyeol mendengus lagi. "Kita perlu cari kelebihan mereka supaya kita dapat latih. Payah kalau macam ni."
Sehun mengangguk bersetuju. "Mark dengan Seungcheol macam mana.?"
"Mark lebih kurang je dengan Bambam." Chanyeol mengangkat bahunya. "Seungcheol saya tak pasti apa yang dia tahu. Dia tak terbuka sangat. Suka menyendiri dan menjawab sepatah je bila ditanya."
"Saya tak salahkan dia." Sehun memberi komen. "Hidup dia sebelum ni buat dia lebih jadi takut memandang dia memang banyak benda yang ditakuti."
"Dia fragile sangat." Chanyeol turut memberi komen. "Kami bercakap dengan dia pun penuh berhati-hati."
Sehun memandang Chanyeol. "Mark.?? Setakat ni dia okey tak.?"
Chanyeol mengangguk perlahan. "Dia lebih terbuka sekarang. Rasanya boleh lah. Dia dah biasa."
"Bambam pula terlalu aktif." Sehun memberitahu. "Dia banyak tanya dan tak boleh duduk diam. Saya perasan juga kadang-kadang Xiumin macam nak tumbuk muka budak tu."
Chanyeol tergelak mendengar kata-kata Sehun.
"Hei..."
Chanyeol segera berhenti berjalan apabila Sehun memegang lengannya. Dia memandang lelaki itu yang kini memandang ke suatu tempat. Chanyeol cuba melihat ke mana arah matanya dan ia terhenti pada seorang lelaki yang sedang berbual secara rawak dengan orang-orang yang berada di situ.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
Fiksi PenggemarMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...