Bab 51
Xiumin melangkah keluar dari biliknya seawal pagi itu. Dia merasakan tidurnya seperti terlalu nyenyak walaupun dia masuk tidur agak lewat pada malam semalam. Dia memandang sekeliling. Ke arah unggun api yang masih berasap seolah-olah ia baru dimatikan. Ke arah meja makan yang sudah dibersihkan. Dan ke arah dapur yang kini tersusun kemas. Dia segera mendongak ke langit. Ia masih belum cerah sepenuhnya.
"Awak nak ke mana tu, Xiumin.?"
Belum sempat lelaki putih gebu itu melangkah setapak, satu suara yang cukup dikenalinya menyapa. Dia segera berpaling memandang ke belakang. Ke arah Sehun yang berdiri tercegat memandangnya sambil berkerut. Lelaki itu kelihatan segar dan sepertinya sudah bangun agak lama.
"Awak baru bangun atau..."
"Saya tak tidur." Sehun segera memintas.
"Tapi awak nampak macam..." Xiumin mengecilkan matanya memandang lelaki itu agak bingung.
"Saya dengar lagu." Sehun memintas sekali lagi. "Saya perasan awak keluar. Tu je. Yang lain saya tak dengar."
Xiumin mengangguk-angguk kemudian segera berjalan beriringan bersama Sehun. Mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh melakukan perkara itu tanpa persetujuan atau pertanyaan. Segala jalan yang ada di situ diperhati dengan wajah yang sayu. Seolah-olah itu adalah pertama kali mereka ke situ walaupun sudah agak lama.
Mereka masih lagi ingat bagaimana bermulanya perjalanan hidup mereka sebagai seorang ahli Huruf. Bagaimana mereka terkapai-kapai. Merasai kehilangan di saat mereka sudah menjadi mahir untuk perkara itu. Merasai bagaimana perasaan seorang pemimpin untuk tanggungjawab yang amat berat. Sepertinya semua perkara itu baru sahaja berlaku kelmarin. Dan kini mereka berdiri pada keadaan itu. Keadaan di mana mereka mempertaruhkan semula nyawa mereka.
Tiba-tiba sahaja langkah Sehun terhenti menyebabkan Xiumin turut memberhentikan langkahnya. Dia kini sedang memandang ke suatu tempat. Di mana Baekhyun sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Luhan sedang berpeluk tubuh tidak jauh daripada lelaki bermata biru itu. Dan Kris sedang berkerut serius.
"Sehun... Xiumin..."
Serentak kedua-dua lelaki itu tersentak. Baekhyun kini mengangkat keningnya memandang mereka. Kris dan Luhan hanya berdiri dengan ekspresi yang sama. Mereka langsung tidak sedar bahawa mereka sudah kelihatan.
"Apa kamu buat kat situ.?" Baekhyun mula berkerut.
Xiumin dan Sehun berpandangan seketika. Tidak tahu apa yang hendak dibalas. Sepertinya mereka sedang mencelah satu mesyuarat yang penting.
"Mari sini... Sertai kami."
Arahan Luhan membuatkan mereka tersentak sekali lagi. Lelaki dengan wajah bersinar itu hanya mengukir senyuman manis. Mereka memandang Baekhyun dan Kris yang hanya menganggukkan perkara itu.
Perlahan-lahan Xiumin dan Sehun melangkah mendekati mereka. Masih tidak pasti sama ada apa yang mereka lakukan itu adalah perkara yang boleh dilakukan ataupun tidak dalam keadaan itu.
"Kami tak mengganggu ke.?"
Pertanyaan Xiumin membuatkan Baekhyun, Luhan dan Kris berpandangan seketika agak bingung.
"Kamu nampak macam tengah berbincang mengenai sesuatu yang penting." Xiumin bersuara untuk menghilangkan persoalan mereka. "Nampak macam kami mengganggu kamu pula."
Baekhyun tersengih serta-merta. "Kamu adalah penaung. Segala benda penting kamu mesti tahu."
"Tapi Luhan masih lagi ketua." Sehun memandang lelaki dengan wajah bersinar itu sekali imbas.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...