Bab 53
Semua orang hampir mengeras di tempat mereka sendiri apabila mendengar pekikan yang bergema dari setiap klon Baekhyun. Sepertinya itu adalah perkara yang berada di luar jangkaan mereka saat ini. Mereka semua memandang sekeliling. Cuba untuk memastikan apa yang terjadi.
"Apa.??" Mark berhenti seketika sambil memandang sekeliling agak bingung. Yang lain turut melakukan hal yang sama.
Barulah mereka perasan saat ini. Tentera-tentera Witchdigo di sekeliling mereka sudah mula berkurangan. Hanya tinggal sedikit sahaja yang menjadi penghalang dan mengganggu konsentrasi mereka.
"Mana Luhan.??!!" L segera memekik sambil matanya liar memandang sekeliling dengan dahi yang berkerut.
Semua orang kelihatan masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang sedang berlaku saat ini. Yang paling penting sekali, tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam keadaan itu.
"Kamu dengar tak.?!!" L membentak.
Tiada sesiapa yang menjawab. Sepertinya semua orang baru sahaja tersedar dari mimpi. Letusan demi letusan dapat didengar dari segenap arah. Keadaan yang sudah gelap kini mula terang dengan cahaya-cahaya aneh yang meletus. Percikan api, angin, air dan sebagainya dapat dilihat meletus dengan kuat. Yang paling penting sekali, ledakan petir yang kuat hampir menggegarkan tanah.
"Luhan..." Hoya menggumam sebelum kembali bertukar menjadi makhluk ganas itu dan mula berlari.
Semua orang mula menyusul. Tidak tahu apa yang sedang berlaku pada sudut itu. Pelbagai bunyi yang menakutkan mula kedengaran jelas. Suara keras yang masih membaca ayat-ayat aneh itu masih lagi terdengar di merata tempat.
"Berhenti!!"
Pekikan itu dapat didengar dengan jelas. Sehun kini berusaha menembusi ratusan tentera Witchdigo yang kini sudah berada dalam keadaan berbulat mengelilingi sesuatu. Dia menembak panahnya secara rawak dalam keadaan terdesak. Airmatanya dapat dirasakan berada pada ekor matanya. Berharap pada satu benda sahaja. Keselamatan orang yang kini berada di tengah bulatan itu.
Chanyeol sudah meletupkan anginnya diserata tempat dalam keadaan kalut. Wajahnya nampak tenang tidak sama dengan hatinya. Tangannya kini bergerak terlalu pantas dan cepat. Lenguh yang ada sudah tidak dapat dilayan lagi. Satu-persatu lembaga itu mula diterbangkan dari situ.
Wajah Xiumin mula bertukar bengis. Urat-urat pada kulitnya yang putih sudah kelihatan. Dia menghentakkan kakinya ke tanah lalu melilit tentera-tentera berkelubung itu sebelum menarik, menghentakkan dan menimbus mereka ke dalam tanah. Sepertinya lelaki itu sudah tiada belas kasihan lagi. Menghapuskan makhluk-makhluk jahat itu sudah menjadi perkara biasa saat ini.
Baekhyun kini berada di mana-mana. Tiada siapa tahu di mana dia yang sebenar. Dia dan semua klonnya berusaha mencari jalan untuk masuk ke dalam bulatan itu. Walaupun itu juga adalah perkara yang amat bahaya untuk dilakukan saat ini. Perkara yang berada di luar jangkaan ini benar-benar merunsingkan.
Kris berdiri penuh berkarisma dengan rambut perangnya. Dahinya berkerut dengan mata yang tajam. Api kini sudah mula mengerumuni badannya sendiri. Tembakan yang dia lepaskan benar-benar kuat sehingga tiada siapa yang selamat selepas terkena. Malah ia semakin kuat bila dia menggenggam buku limanya. Dia sudah tidak peduli orang sekeliling. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menangkap penglihatannya.
"Kamu semua!!!!"
Serentak mereka semua menoleh. Chen muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Pasir mula jatuh dari tangannya menunjukkan dia baru sahaja lepas menyerang.
"Bantu kami buka bulatan ni!"
"Apa yang mereka bulatkan kat tengah tu.?" Junhui sempat lagi bertanya.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
Fiksi PenggemarMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...