Dua Ketua

2.3K 141 8
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Luhan (EXO) as Luhan (Huruf L).


Bab 30


Xiumin bersembunyi di sebalik tiang itu sambil melihat kelibat seorang lelaki berjalan penuh berhati-hati. Sehun berdiri di sebelahnya bersama Luhan dan Daehyun. Berbeza dengan Kyungsoo, Luhan memandang lelaki yang menyerupai Kris itu dengan wajah tenang tidak terganggu dengan emosi.

Lelaki itu berjalan penuh berhati-hati di kawasan yang tiada siapa sangka dia akan berada di situ. Mereka menjumpainya kerana burung yang dijelmakan oleh Daehyun membawa mereka ke tempat itu. Tempat yang sedikit jauh daripada tempat di mana mereka bertemu lelaki itu sebelum ini.

"Bila kita nak jumpa dia.??" Xiumin bertanya dengan nada tidak sabar. Dia sudah tidak mampu menahan lagi.

"Sabar..." Sehun menarik nafas panjang. "Awak kena faham. Dia pasti akan.... Xiumin!!"

Xiumin kini sudah berjalan keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan mendekati lelaki itu. Sehun mendengus kuat sambil menggerutu. Luhan tidak berganjak dan Daehyun hanya menunggu arahan.

"Kris!!"

Lelaki itu berhenti berjalan serta-merta. Dia segera menoleh ke belakang dan langsung tidak terkejut melihat kelibat Xiumin seolah-olah dia tahu lelaki itu akan datang. Dia hanya menggerutu.

"Awak lagi..." lelaki itu cuba menahan sabar sambil memejamkan matanya seketika. "Apa yang awak nak sebenarnya.?? Apa yang saya buat sampai awak nak susahkan hidup saya sangat macam ni.??"

Xiumin menarik nafas panjang sambil memandang lelaki itu sayu. "Awak perlu percaya pada kami."

Lelaki itu tergelak menyindir. "Awak bergurau ke.?? Percaya pada seseorang yang seperti ada niat jahat pada awak.??"

"Kris, awak tak..." Xiumin segera berhenti bercakap apabila lelaki itu menaikkan jari telunjuknya.

"Berhenti panggil saya Kris!!" bentak lelaki itu dengan wajah yang serius. "Saya bukan dia!!"

"Awak adalah Kris!" Xiumin menekan.

Kenyataan itu membuatkan lelaki berambut perang itu hilang sabar. Dia menggenggam buku limanya erat lalu menumbuk lelaki itu menyebabkan Xiumin mengerang kesakitan.

"Argh!"

"Awak betul-betul tak ambil pengajaran." Lelaki itu menggumam sambil mengetap giginya kegeraman.

Xiumin tergelak sedikit sambil mengesat darah dari bibirnya. "Saya jenis orang yang tak berputus asa."

Entah kenapa, lelaki berambut perang itu semakin berang. Dia menghayunkan buku limanya sekali lagi bagaimanapun berjaya ditangkis oleh Xiumin menggunakan tangan kanannya. Baru sahaja Xiumin ingin membuka mulut untuk bercakap, kaki lelaki itu bergerak pantas. Dia menendang perut Xiumin menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai.

"Saya akan uruskan dia." Luhan berbisik tenang yang mana Sehun dan Daehyun kagum dengan itu. "Kamu tunggu sini."

"O... Okey..." Daehyun mengangguk teragak-agak kerana takut. Dia tidak tahu di mana hendak mencelah dalam situasi itu.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now