Suara

1.9K 135 2
                                    

Bab 2


"Saya akan bunuh diri!!"

"Saya akan bunuh diri!!"

"Saya dah tak kenal diri saya lagi!!"

"SELAMAT TINGGAL!!"



Chen membuka matanya secara mengejut. Matahari kini sudah tinggi dan memancar ke dalam tingkap bilik batu itu. Dia segera duduk sambil memegang kepalanya yang terasa sakit secara tiba-tiba tanpa sebab. Badannya agak berpeluh. Dia tidak tahu apa yang dimimpinya sebentar tadi. Suara seorang lelaki yang sedang merintih.

Dia memandang ke katil sebelah. Chanyeol sudah tiada di situ. Mungkin di dapur sedang menyiapkan sarapan pagi. Perlahan-lahan dia menanggalkan selimutnya kemudian bangun dari tempat itu. Dia berjalan keluar agak terhuyung-hayang. Dia merasakan tidurnya tidak cukup kerana mimpi aneh itu.

Seperti biasa, Chanyeol sedang membersihkan dapur setelah selesai menyediakan sarapan. Xiumin dan Sehun kini sedang duduk di meja makan sambil merenung sesuatu. Kedua-dua lelaki itu sentiasa bekerja keras untuk apa sahaja misi mereka yang masih belum pasti setakat ini.

"Selamat pagi, Chen!" ucap Chanyeol dengan riang. Mengingatkan mereka bagaimana Kyungsoo selalu menyapa dengan cara itu.

"Selamat pagi." Balas Chen agak lemah kemudian duduk di sebelah Sehun sambil bertongkat dagu.

"Awak okey ke.?" Tanya Xiumin. "Nampak macam baru habis berperang je. Tak terurus."

Chen mendengus kuat kemudian menegakkan badannya. "Saya mimpi buruk. Tu je. Tak ada apa-apa pun."

Sehun dan Xiumin berpandangan seketika. Mimpi buruk seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berempat sejak peperangan yang lepas. Ia sering mengekori bayang mereka ke mana sahaja. Pada ketika itu, Chanyeol menyertai mereka di meja makan sambil meletakkan roti tambahan.

"Apa yang awak mimpi.?" Tanya Chanyeol.

"Entah." Chen mengangkat bahunya. "Saya hanya dapat ingat suara seorang lelaki je."

Sehun mengangkat sebelah keningnya apabila mendengar jawapan Chen. Chanyeol pula membesarkan matanya, manakala Xiumin hanya merenung lelaki itu dengan mata tajamnya yang bersinar.

"Suara lelaki.??" Chanyeol mengulang sambil mencapai sebuku roti sebelum menggigitnya.

Chen mengangguk-angguk kemudian turut melakukan hal yang sama seperti Chanyeol. Akan tetapi, Sehun menepis tangannya.

"Awak tak nak gosok gigi dulu sebelum makan ke.?" Tanya Sehun selamba dengan wajah suci.

Chen menggerutu kemudian terus mencapai roti itu dan sengaja menggigitnya di hadapan Sehun dengan mimik muka yang membuat orang marah. Sehun hanya menggolekkan bebola matanya agak menyampah.

"Awak masih pakai rantainya.??"

Serentak semua orang memandang Xiumin. Lelaki itu kini memandang Sehun dengan mata bersinarnya.

"Apa..." Sehun mengikut anak mata lelaki itu dan ia terhenti paa lehernya sendiri. Rantai berhuruf O dan juga L yang berada di situ. Sehun segera mendengus perlahan. "Saya akan pakainya sehingga tuan yang baru muncul."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now