>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Daehyun (B.A.P) as Ahn Daehyun (Huruf A).
Bab 26
Sehun, Xiumin dan Chen menanti dengan tidak sabar di ruang markas itu. Pelbagai perkara bermain di minda mereka saat ini. Pesanan yang Chanyeol hantar sejam yang lalu membuatkan mereka benar-benar dalam keadaan terkejut tetapi tidak membincangkan perkara itu. Mereka hanya menunggu sehingga mereka melihat di hadapan mata mereka sendiri.
Kawan-kawan mereka yang lain turut berada di situ. Tidak berani bertanya atau membuka mulut walaupun banyak soalan yang ada di fikiran mereka. Keadaan itu terlalu tegang bagi mereka untuk bersuara walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku pada saat ini.
Geseran pintu batu utama kedengaran menyebabkan semua orang membetulkan kedudukan. Daehyun dan Mark muncul dengan wajah yang letih. Ini adalah kali pertama mereka keluar sehingga malam. Mark segera duduk di sebelah Bambam sambil tersenyum manis. Daehyun pula terus meluru ke dapur untuk mencari air.
Chanyeol memandang Xiumin, Sehun dan Chen silih-berganti sekali imbas lalu memandang pasangan kekasih yang masih berdiri agak kekok dan takut di belakangnya. Jongin memegang erat tangan D.O.
"Memang serupa." Sehun tersengih lalu menggelengkan kepalanya seketika sebelum tunduk sambil memejamkan matanya. Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri bahawa itu adalah orang lain.
Xiumin langsung tidak mengalihkan pandangannya. Dia hanya merenung D.O terus-menerus seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Chen pula menggigit bibirnya cuba untuk menahan dirinya daripada menangis.
"Ini Jongin." Chanyeol bersuara perlahan setelah keadaan menjadi sunyi beberapa minit. "Dia berkuasa pembeku. Yang itu..." Chanyeol berhenti seketika sebelum meneruskan. "D.O."
"Apa kuasanya.?" Tanya V.
Chanyeol mengangkat bahunya. "Saya tak pasti."
"Apa maksud awak.??" Tanya L pula.
"Dia cakap dia tak ada kuasa..." Chanyeol memandang D.O yang masih lagi dalam ketakutan. "Tapi dia ada parut sama macam kita."
Kenyataan itu membuatkan semua orang berpandangan agak bingung. Sehun, Xiumin dan Chen hanya berkerut.
"Saya rasa..." Chanyeol memandang penaung yang lain. "Saya rasa kuasanya sama macam Kyungsoo."
Sekali lagi semua orang tersentak termasuk ketiga-tiga penaung itu.
"Mungkin dia tak pernah terguna lagi kuasanya." Chanyeol cuba memberi penerangan. "Sebab tu dia tak tahu."
Xiumin menarik nafas panjang lalu berjalan menuju ke arah Seungcheol yang kebingungan. Semua orang turut merasa hairan dengan tindakan lelaki itu. Xiumin segera menarik tangan Seungcheol membuatkan Junhui hampir terbatuk di tempat duduknya. Dia membawa lelaki pendiam itu mendekati D.O yang masih ketakutan.
"Sembuhkan dia." Xiumin mengangkat lengan Seungcheol yang berbalut akibat tercedera semasa latihan petang tadi.
"A... Apa.?" D.O kebingungan.
"Cuba sembuhkan dia." Ujar Xiumin tenang.
"Tapi..." D.O memandang Jongin sekali imbas tanpa sebab. "Saya tak tahu. Kamu ada alat perubatan tak.?"
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...