Bab 3
Chanyeol dan Chen yang sedang duduk di ruang markas itu sambil cuba mencari sesuatu pada buku-buku usang itu segera menoleh apabila terdengar bunyi pintu batu utama terbuka. Xiumin masuk dengan wajah merah padam sambil menolak seorang lelaki yang hanya menjeling tajam ke arahnya. Seorang lagi lelaki yang lain menyusul dengan wajah yang kebingungan dan ketakutan. Sehun hanya berjalan tenang di belakang mereka.
"Kamu dah jumpa mereka.??" Tanya Chen serta-merta dengan mulut terbuka dan mata yang terbuka luas.
Xiumin tidak membalas sebaliknya segera duduk di meja betul-betul di tempat Chen duduk sebentar tadi sebelum lelaki itu bangun.
"Ya." Sehun segera menjawab sambil memandang sekali imbas ke arah pasangan yang kini sedang berpegangan tangan dengan wajah yang bercampur-baur emosinya tidak dapat dipastikan.
"Macam mana kamu jumpa mereka.?" Tanya Chen tenang dari tempat duduknya tidak berganjak.
"Itu yang lucunya..." Xiumin menggumam dengan mata tajamnya. "Kami tangkap mereka semasa mencuri."
"Mencuri.??!" Ulang Chanyeol dan Chen serentak sebelum beralih memandang pasangan yang kini sudah menunjukkan kerisauan pada wajah mereka.
"Apa kamu nak sebenarnya.??" Tanya lelaki itu agak tertekan. "Lepaskan kami. Tak ada benda yang kami boleh beri pada kamu."
"Kenapa kamu mencuri.??" Tanya Xiumin dengan nada marah tidak menjawab soalan lelaki itu.
"Untuk hidup.?" Lelaki itu mengangkat bahunya.
"Ada banyak cara kalau awak nak hidup." Xiumin membalas. "Bukan cara macam tu."
"Kalau awak berada di tempat saya mungkin awak akan faham." Lelaki itu mendengus perlahan.
"Tempat apa ni.?" Tanya lelaki yang satu itu tiba-tiba. Matanya sibuk memandang sekeliling. Tempat itu sangat aneh dan juga unik dalam masa yang sama pada pandangan matanya.
"Sebelum tu..." Chanyeol menarik nafas panjang. "Siapa nama kamu.?"
Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Jelas tidak percaya untuk memberitahu nama mereka.
"Okay, baiklah." Chanyeol mendengus perlahan. "Nama saya Park Chanyeol dan ini Chen." Chanyeol menuding ke arah Chen kemudian memandang Xiumin. "Yang ini pula Xiumin. Dan yang itu Oh Sehun."
Kedua-dua lelaki itu hanya menelan air liur.
"Saya... Quan Bambam." Lelaki itu bersuara dingin. Suaranya kedengaran serak semulajadi. "Yang ini teman lelaki saya, Fu Mark."
Mark hanya mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tidak sanggup melihat wajah meluat orang-orang yang menghalang perhubungan seperti mereka. Lagipun, dia masih tidak sedap hati mengenai semuanya.
"Kamu tinggal dengan keluarga atau..."
"Okey!" lelaki bernama Bambam itu bingkas bangun sebelum sempat Chanyeol menghabiskan soalannya. "Apa kamu nak.?"
"Kami perlu tahu latar belakang kamu." Xiumin menjawab jujur.
"Untuk apa.??" Bambam mengerutkan dahinya.
"Sejak bila kamu ada kuasa.??"
Semua orang kini memandang Sehun. Bambam dan Mark membesarkan mata mereka lalu berpandangan sesama sendiri.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
Fiksi PenggemarMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...