Bab 33
Sehun berjalan seorang diri di kawasan hutan markas itu. Mengingati dia pernah ke situ suatu ketika dahulu. Dia sudah menjelajahi tempat itu beberapa kali sejak mereka mula kembali ke markas. Oleh kerana minggu pertama mereka bersatu agak sukar, dia sering bersendirian berlegar-legar di markas itu.
Dia menarik nafas panjang. Memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Dia gembira tiga daripada penaung lepas itu kembali. Beban mereka kini sudah berkurangan. Apa yang dia risau adalah perbandingan cara mereka memimpin puak itu dengan penaung asal. Nampak cacat cela di merata tempat. Dan ini menunjukkan bahawa mereka belum cukup baik lagi untuk menjadi pemimpin.
Sehun berhenti berjalan secara tiba-tiba. Dia tersenyum lalu menarik nafas panjang sambil memejamkan matanya seketika.
"Awak boleh keluar sekarang..."
Tiada apa-apa yang berlaku. Sehun segera berpaling memandang ke belakang. Memandang sekeliling tidak pasti di mana. Yang pasti dia tahu seseorang berada di situ selain dia.
"Awak nak teruskan bersembunyi, Luhan.?"
Pada saat itu, Luhan keluar dari balik tiang pokok itu sambil tersenyum manis memandang Sehun.
"Awak boleh tahu."
Sehun tersengih sambil menggelengkan kepalanya. "Terima kasih pada awak. Saya berlatih dengan keras selama ni."
Luhan tidak dapat menahan. Dia juga tersengih mendengar perkara itu. Dia masih ingat lagi pertama kali mereka bertemu di tempat itu. Ketika Luhan sedang berlegar-legar di kawasan markas dan Sehun mengikutnya secara curi-curi. Pada ketika itu, dia memberitahu bahawa dia dapat merasakan kehadiran lelaki itu kerana kuasa yang mengalir di dalam badannya. Dan kini, Sehun dapat melakukan hal yang sama.
"Awak dah semakin mahir." Luhan memuji dengan ikhlas.
"Tapi saya tetap tak dapat tandingi ketua kan.??" Sehun cuba menyakat lelaki itu sambil mengangkat keningnya.
Luhan menjeling manja ke arah lelaki itu lalu segera berjalan beriringan bersama-sama pegi dari situ.
"Bagaimana keadaan kamu selama ni.?" Luhan menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian selama hampir lima minit.
"Teruk." Sehun menjawab jujur. "Sangat-sangat teruk."
"Kenapa jadi macam tu pula.??" Luhan mengerutkan dahinya.
"Menjadi penaung kali pertama tanpa pengetahuan yang luas selepas empat tahun..." Sehun mengangkat bahunya. "Maksud saya... Dengan hanya pengalaman selama lebih kurang, apa... Tak sampai setahun pun. Memang lah teruk."
Luhan tidak memberi sebarang komen.
"Kami memang terumbang-ambing." Sehun menyambung setelah memastikan bahawa Luhan tidak akan berkata apa-apa. "Kami tak dapat cari keserasian waktu mula-mula tu. Asyik bergaduh je..."
Luhan hampir membuka mulut hendak bertanya mengenai itu. Akan tetapi, dia memutuskan untuk mendengar sehingga habis.
"Bila kami dah mula okey..." Sehun kelihatan berfikir sedalam-dalamnya. Sepertinya dia ingin melepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini. "Masalah pula bila kami jumpa kuasa baru. Kami tak tahu macam mana beritahu apa kuasa mereka."
"Sekurang-kurangnya kamu dapat kumpulkan hampir semua." Luhan cuba menyenangkan hati lelaki itu.
"Sebab tiada serangan macam dulu." Sehun sekali lagi tidak tertipu dengan pujian itu. "Kalau tak mungkin kami tak dapat satu pun."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanficMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...