Hitam

1.4K 141 19
                                    

Bab 42


Kris, Xiumin dan Junhui berdiri ternganga melihat apa yang ada di hadapan mereka. Tidak dinafikan, mereka adalah kumpulan yang berada dalam situasi paling kekok sekali. Junhui benar-benar tidak membuka mulut sepanjang jalan. Menyumpah seranah di dalam hati melihat apa sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Xiumin pula tidak berani untuk menegur Kris. Untuk Junhui pula tiada apa yang ingin dicakapkannya. Kris hanya meneruskan misi tanpa memikirkan hal yang lain. Hanya dia yang berani bercakap dengan mereka berdua.

"Mana naga.?" Kris mengelipkan matanya masih memandang benda yang berada di hadapan mereka.

Xiumin tidak membalas. Dia hanya berdiri tercengang tidak mampu berkata apa-apa. Junhui pula sudah ketakutan.

"Ini ular."

Memang benar. Dulu, Xiumin dan Kris berhadapan dengan seekor naga yang amat besar. Kali ini, seekor ular besar sedang berlingkar di hadapan gua yang sudah sedia terbentuk itu. Naga itu berwarna coklat tua dengan tompok-tompok hijau memenuhi kulit bersisiknya yang besar. Matanya kuning dan lidahnya terjelir keluar memandang ketiga-tiga mereka yang kini masih ternganga.

"Byun Baekhyun..." Kris menggumam nama lelaki itu sambil mengetap giginya kegeraman. "Tak guna betul!"

"Aaaaaa!!!!" Junhui memekik apabila ular itu cuba mematuknya. Dia sempat mengelak menyebabkan ular itu terpatut tanah tempat dia berdiri.

Pada ketika itu, Kris dan Xiumin sudah melepaskan beg sandang mereka. Ular itu terlalu besar. Ia sebesar anaconda. Badannya berlingkar panjang. Ekornya melibas-libas secara rawak. Pokok-pokok di situ tumbang akibat libasan ekor ular itu. Batu-batu yang terkena juga berhancuran jatuh.

"Saya ingatkan anaconda cuma kat filem je." Xiumin segera berlari bersembunyi di sebalik pokok.

"Jangan pandang rendah!" Kris membalas kemudian segera melompat ke atas pokok apabila ular itu ingin mematuknya.

Junhui kini sudah berlari demi mengelak setiap serangan ular itu. Ia terlalu cepat bergerak menyebabkan dia terpaksa mencari tempat yang baik untuk mendarat. Ular itu menyerang tanpa sasaran. Ia terus sahaja menyerang apa-apa benda yang bergerak dilihat pada mata kuningnya itu.

Kris menghalakan kedua-dua tangannya ke arah ular itu. Pancaran apinya meluncur kuat. Akan tetapi, perkara itu membuatkan ular itu lebih marah. Dia menyerang Kris bertubi-tubi. Kulitnya yang bersisik tebal itu dapat menghalang api yang Kris keluarkan daripada membakarnya.

"Tak boleh." Kris menggerutu.

Xiumin masih berdiri di tempat persembunyiannya. Cuba berfikir bagaimana untuk menumpaskan ular itu. Dia masih ingat pertarungan mereka dengan naga sebelum ini. Kuasa mereka tidak begitu berkesan jika digunakan secara biasa. Mereka perlu merancang bagaimana untuk menumpaskannya.

"Xiumin!!!"

Xiumin segera mendongak bagaimanapun terlompat sedikit apabila kuasa api Kris meletup di hadapannya membuatkan ular itu kembali memandang lelaki berambut perang semulajadi itu.

"Fokus, Xiumin!!" Kris memekik sambil cuba melompat lari ke pokok yang lain apabila ular itu mula mengejarnya.

"Kita kena fikirkan cara untuk kalahkan ular ni!" Xiumin memberitahu dalam keadaan menjerit sambil cuba menarik keluar akar-akar di sekeliling tempat itu untuk memerangkap ular itu walaupun payah.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now