Bab 34
Luhan duduk sendirian di ruang markas itu pada tengah malam. Unggun api masih marak lagi pada ukiran batu itu. Mengenangkan bahawa tanggungjawabnya kini bermula lagi membuatkan dia risau mengenai banyak perkara. Sekurang-kurangnya, mereka kini hampir lengkap. Hanya latihan yang keras perlu diberikan pada mereka.
"Luhan..."
Luhan tersentak dari lamunannya. Dia segera menoleh memandang L kini berjalan mendekatinya dengan wajah tampannya.
"Eh, L..."
L segera duduk di sebelah lelaki itu. "Kenapa tak tidur lagi.?"
"Tak mengantuk." Luhan mengangkat bahunya. "Awak.?"
"Tak dapat tidur." L membalas.
Luhan hanya mengangguk tidak membalas lagi.
"Awak ingat saya tak.??"
Luhan segera memandang L yang kini sudah memandangnya. Dia merenung wajah lelaki itu. "Ingat awak.??"
L mengangguk-angguk sambil tersenyum.
"Kita pernah berjumpa ke.?" Tanya Luhan sambil mengerutkan dahinya.
"Ya." L mengangguk lagi. "Masa awak masih tak ingat lagi. Maksud saya... Masa awak bekerja kat kedai buku."
Luhan membesarkan matanya agak terkejut. Memang benar. Dia bekerja di sebuah kedai buku sebelum ini.
"Kita pernah berjumpa ke.?"
L hanya tersengih. "Awak mungkin tak perasan. Tapi saya masih ingat awak dengan jelas."
Luhan mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Cuba untuk mengingat jika dia pernah melihat lelaki itu.
"Saya selalu datang..." L cuba untuk memberi petunjuk. "Tanya buku apa yang sesuai untuk dibaca."
Luhan tesentak baru teringat. Dia membesarkan matanya memandang L tidak percaya. "Awak..."
L hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum walaupun dia belum pasti apa yang Luhan cuba katakan.
"Awak yang asyik tanya apa buku yang bagus untuk dibaca semasa hujung minggu, tekanan bekerja, musim hujan..."
L segera ketawa mendengar kenyataan lelaki itu. Memang benar. Itu adalah perkara yang sering ditanya olehnya kepada gadis itu sebagai alasan untuk mereka berbual dengan lebih lama.
"Awak memang suka membaca ke.?" Tanya Luhan.
"Ya." L menjawab jujur. "Saya memang suka membaca. Mungkin sebab saya orang yang tak banyak cakap."
Luhan kelihatan agak terkejut mendengar kenyataan itu. "Tak banyak cakap.?? Saya rasa awak orang yang banyak cakap."
L tergelak lagi. "Saya hanya banyak cakap pada orang dan pada keadaan yang tertentu."
"Yang macam mana.?" Luhan mengangkat keningnya.
L tidak segera menjawab. Dia hanya memandang wajah lelaki itu sambil berfikir sedalam-dalamnya. Jika diikutkan, dia memang tidak akan banyak bercakap dengan sesiapa. Tapi oleh kerana Luhan yang menjaga kedai itu, dia harus banyak bercakap dengan sengaja. Tapi mustahil untuk dia memberitahu alasan ini.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...