Bab 31
Kris berdiri di atas batu besar itu sambil memandang ombak yang memukul di bawahnya. Kepalanya masih dirasakan berdenyut-denyut cuba memproses ingatannya selama dia hidup. Bermula dari dia lahir, dengan kejadian yang menimpa puak mereka suatu ketika dahulu, ketika mereka menjadi penaung dan sehingga kini. Terlalu banyak persoalan yang kini berlegar-legar di dalam fikirannya.
Bagaimana mereka masih hidup.? Sedangkan dia masih ingat dengan jelas bagaimana dia mati di tangan Tao. Dia masih ingat bila kali terakhir nafasnya terhenti. Dan kini dia masih hidup. Ini membuatkan banyak benda yang pelik berlaku. Mereka masih belum menjumpai sebab mereka masih hidup.
Bercakap pasal Tao. Dia masih ingat lagi bagaimana dia terjun bersama lelaki itu ke dalam laut ini. Bagaimana dia berusaha untuk membuat dia sendiri berbaik-baik dengan air. Tapi semuanya terbukti tepat dengan apa yang mereka ramalkan. Lelaki itu berpaling dan membunuhnya. Apa yang penting baginya, dia dapat membunuh perempuan itu. Ibu kandungnya sendiri. Atau dia berharap begitu.
"Kris..."
Kris tersentak dari lamunannya. Dia segera menoleh pantas. Xiumin sedang berdiri memandangnya dengan wajah serius. Baru kini dia perasan mengenai lelaki itu. Dia benar-benar berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih matang dan segak berbanding dulu. Dia masih ingat lagi bagaimana lelaki itu berusaha menenangkannya saat dia tahu bahawa Tao ditangkap. Bagaimana dia dan Xiumin mengalahkan naga semasa berada dalam kumpulan untuk mencari bebola kristal.
"Xiumin..." Kris kembali memandang ke hadapan.
Xiumin tersengih apabila perasaan bahawa cara dia dan lelaki itu berdiri kini sama. Kedua-dua tangan mereka dimasukkan ke dalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati lelaki itu.
"Menikmati pemandangan.?"
Kris menarik nafas panjang tanpa memandang wajah lelaki itu. "Merasainya setelah empat tahun."
Xiumin mengangguk-angguk juga tidak memandang lelaki itu. Dia hanya memandang sekeliling tanpa tujuan.
"Awak masih ada masalah dengan air.?"
Kris tersengih mendengar soalan itu. "Mengingatkan bahawa saya pernah mati sekali... Sebab air. Saya tak rasa saya tak ada masalah."
Xiumin turut tersengih.
"Luhan beritahu saya apa yang jadi..." Kris masih tidak memandang wajah lelaki itu apabila mengingatkan perbualannya bersama Luhan semalam. "Selepas saya mati..."
Xiumin tersentak mendengar kenyataan itu. Dia tahu apa yang lelaki itu cuba cakapkan. Ia mengenai dirinya sendiri. Bagaimana kehilangan Kris memberi impak yang besar pada dirinya.
"Tapi terus terang saya cakap..." Kris menarik nafas panjang sekali lagi. "Apa yang saya nampak... Ciri-ciri yang ada pada perempuan tu dan ada pada Tao... Tak ada pada Zitao."
Xiumin membesarkan matanya lalu memandang lelaki itu. "Maksud awak..."
Kris mengangguk-angguk tanda mengiyakan apa sahaja yang lelaki itu fikirkan saat ini walaupun dia belum mendengarnya. "Saya tak nampak ciri-ciri tu ada pada lelaki ni. Saya harap saya tak salah."
"Bagus lah kalau macam tu." Xiumin menarik nafas lega yang dia tahan tanpa dia sedari.
"Dan Chanyeol ada beritahu macam mana awak berkeras dengan dia..."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...