Dia

1.8K 127 8
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Bambam from GOT7 is 'Quan Bambam' in this story. :D


Bab 4


Chanyeol dan Chen berjalan beriringan di kaki lima itu dengan tenang. Kini, giliran mereka untuk keluar setelah penat bertengkar dengan Xiumin dan Sehun mengenai itu. Kedua-dua lelaki itu berkeras ingin keluar lagi bagaimanapun Chanyeol memberi arahan supaya mereka cuba untuk mengawal Bambam dan Mark yang masih mempunyai banyak soalan yang sukar untuk dijawab.

"Nampaknya kita jumpa kuasa baru." Chen bersuara setelah sekian lama mereka berjalan.

"Ya." Chanyeol mengangguk. "Kuasa yang kita pun tak tahu."

Perkara itu memang benar. Mereka hanya tahu dua belas kuasa setakat ini. Itu pun seperti yang diterangkan oleh penaung mereka sebelum ini. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan pada orang yang baru dengan kuasa yang mereka sendiri tidak tahu. Ini yang menyukarkan mereka.

"Awak rasa apa yang Xiumin dan Sehun buat kat markas.?" Tanya Chen gembira kerana mereka dapat keluar.

Chanyeol mengangkat bahunya sambil tersenyum. "Mesti mereka tengah bingung. Sebab pasangan kekasih tu banyak sangat soalan."

Chen tergelak kecil. "Saya tak tenang tidur semalam gara-gara Mark. Dia balik-balik kejutkan saya untuk bertanya soalan."

Chanyeol turut ketawa. "Tak hairan lah. Kita pun dulu memang banyak kita nak tahu. Cuma tak bertanya je."

"Ya." Chen mengangguk bersetuju. "Saya masih ingat lagi macam mana Kris cuba menahan marah sebab kita banyak tanya. Dan Luhan... Dia sentiasa menjawab dengan tenang je."

Keadaan sunyi sepi seketika. Kedua-dua lelaki itu tenggelam dengan dunia mereka yang tanpa disedari adalah sama. Mengenai penaung mereka terdahulu. Luhan dan Kris adalah orang pertama yang mereka jumpa dari puak itu. Boleh dikatan orang yang menyelamatkan mereka daripada hidup terus diserang dan penuh tanda tanya. Tapi kini mereka sudah tiada.

"Rasa kosong betul sekarang kan..." Chanyeol menjadi orang pertama yang memecah kesunyian.

"Mm." Chen menjawab. "Susah kita nak buka topik ni depan Xiumin dan Sehun. Mereka terlalu sensitif."

"Ya." Chanyeol menyokong. "Kita pun sama. Tapi kita masih boleh kawal. Saya tak pasti dengan mereka."

Chen menarik nafas panjang. "Kadang-kadang saya rasa macam dah tak kenal mereka... Terutama Xiumin. Hidup dia kena impak teruk pasal tu. Boleh nampak waktu Kris dah kena bunuh."

Chanyeol mengangguk bersetuju. "Tak hairan lah. Macam mana dia tengok Kris kali pertama kat perlawanan tinju tu pun saya dah boleh agak akan terjadi sesuatu yang menarik antara mereka."

Chen tersenyum mendengar kenyataan itu. "Sama macam Sehun dengan Luhan. Tak hairan kuasa mereka bergabung."

Chanyeol hampir tergelak. "Ya. Betul tu."

"Awak rasa..." Chen memandang Chanyeol. "Siapa ketua kita nanti.??"

"Ketua..."

"Yang sebenar." Chen memintas. "Yang akan menggantikan tempat Luhan. Sebagai ketua."

Chanyeol menarik nafas panjang kemudian mengangkat bahunya. "Saya pun tak pasti. Saya cuma nak tengok macam mana penerimaan Sehun nanti. Memandangkan mereka akan berkongsi kuasa."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now