>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Tao (EXO) as Hwang Zitao (Huruf T).
Bab 22
Sehun membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berpinar-pinar saat itu. Hampir saja dia tidak dapat membuka matanya. Sepertinya ia telah diletakkan benda berat agar sentiasa tertutup.
"Sehun... Sehun..."
Sehun berkerut seketika apabila terdengar namanya disebut. Dia berusaha untuk membuatkan matanya kekal terbuka. Dia memandang sekeliling dan terhenti pada kelibat yang berdiri di hadapannya. Seungcheol memandangnya dengan mata bulat bersinar. Dia hampir tidak dapat mengecam lelaki itu kerana riak mukanya agak lain pada kali ini.
"Se... Seungcheol..." Sehun segera duduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit tanpa diketahui sebabnya.
"Awak okey, Sehun.?"
Sehun mengangkat mukanya. Yixing memandangnya agak risau dengan dahi yang berkerut.
"Yixing..."
Yixing hanya mengangguk-angguk.
"Apa yang dah berlaku.?" Sehun memandang sekeliling.
Baru lah dia perasan kenapa keadaan sekeliling amat gelap. Mereka kini berada di suatu tempat dipenuhi dengan batu-batu. Ia seperti sebuah gua. Bau hanyir dan busuk kuat menusuk ke hidung mereka.
"Tempat apa ni.??" Sehun mengerutkan dahinya. "Macam mana kita boleh ada kat sini.?? Apa dah berlaku.?"
"Bertenang lah..."
Sehun menoleh lagi apabila terdengar suara dari belakangnya. Dua orang yang agak asing memandangnya agak tenang. Seorang lelaki dengan wajah serius mengangkat sebelah keningnya untuk memastikan bagaimana keadaan Sehun. Di sebelahnya pula, seorang lelaki bermata sepet memandangnya agak risau.
"Siapa kamu.?" Sehun mengerutkan dahinya.
"Saya Woohyun." Lelaki itu bersuara sopan lalu memandang ke arah lelaki berwajah serius itu sekali imbas. "Ini Suho."
"Di mana ni.??" Sehun memandang sekeliling.
"Well..." Suho mengangkat bahunya. "Untuk menjawab dari segi kertas peperiksaan.. Kita berada di bawah tanah."
"Ada dari segi lain ke.?" Sehun mengangkat keningnya.
"Dari segi lainnya..." Suho menarik nafas panjang. "Kita sekarang berada di tempat kurungan."
"Kurungan.??" Ulang Sehun.
Serentak Suho dan Woohyun mengangguk-angguk. Sehun masih kebingungan lalu memandang Seungcheol dan Yixing yang tidak tahu hendak berkata apa.
"Memandangkan kamu semua dibawa ke sini..." Suho berpeluk tubuh. "Mesti kamu semua ada kuasa kan.?"
Serentak Sehun, Yixing dan Seungcheol tersentak lalu membesarkan mata mereka.
"Jangan risau." Woohyun mengukir senyuman janggal. "Kami pun ada kuasa macam kamu."
Sekali lagi ketiga-tiga mereka membesarkan mata.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...