Tugas

1.9K 134 10
                                    

Bab 38


Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen kini sedang duduk di meja makan itu. Semua yang lain sedang berlatih di bawah pengawasan Luhan dan Kris. Mereka sendiri yang meminta untuk dilatih sebelum dilepaskan untuk bertugas mencari bebola kristal tersebut. Masing-masing ingin memastikan bahawa mereka sudah cukup bersedia untuk itu.

"Nampaknya semua berjalan lancar sebab mereka dah balik." Sehun menarik nafas lega. Saat itu, hanya mereka berempat sahaja yang berada di ruang markas itu. Ia agak selamat untuk mereka berbual. Mereka juga diminta berehat kerana sudah agak lama mengumpulkan semua orang.

"Ya." Sokong Chanyeol. "Senang semuanya."

"Macam mana.??" Chen memandang Xiumin dan Sehun silih-berganti sambil mengangkat keningnya. "Dah luah apa yang patut pada mereka.?"

Sehun dan Xiumin berpandangan seketika. Mereka tahu siapa yang Chen maksudkan dengan 'mereka' itu.

"Dah."

Chanyeol terus sahaja tersembur keluar minuman yang baru sahaja diteguknya. Chen turut membesarkan matanya. Kunyahannya pada kerepek yang ada di dalam mulutnya turut dihentikan.

"Apa.??!!"

Kedua-dua lelaki itu hanya mengangkat bahu tidak berkata apa-apa.

"Serius kamu dah luahkan.?" Chanyeol memperlahankan suaranya tanpa disedari sambil mendekatkan mukanya.

"Ya." Sehun menjawab bagi pihak mereka berdua. Dia tahu mengenai hal Xiumin dan begitu juga sebaliknya.

"Habis tu macam mana.??" Chen bertanya dengan wajah yang teruja. "Apa jadi.?? Kamu dah jadi sepasang keka..."

"Wuoh, wuoh! Chen Chen..." Xiumin segera memintas sambil mengangkat tangannya. "Bawa bertenang. Kita ada banyak perkara nak difikirkan selain dari perkara tu. Jadi... Tak payah tanya."

"Tapi..." Chen memuncungkan bibirnya. "Takkan tak ada apa-apa yang berlaku langung kot.?"

"Kami akan bercakap balik, Chen." Sehun memberitahu. "Tapi bukan sekarang. Kami akan bincang balik."

Chen hanya mengangguk tidak bertanya lagi kemudian berpaling memandang Chanyeol. "Awak macam mana.?"

Chanyeol mengangkat bahunya. "Dia tengah sibuk sangat sekarang. Saya tak nak mengganggu pula."

"Hmmm..." Chen hanya menggolekkan bebola matanya.

"Apa yang penting sekarang kita dah tak risau lagi..." Chanyeol menarik nafas panjang. "Sebab mereka dah ada."

"Ya." Sehun menyokong. "Kalau tak... Berat je saya rasa."

Xiumin tersenyum sambil melirik ke arah lelaki itu. "Saya ingat lagi macam mana kusut kepala awak dulu."

Sehun menggerutu. "Awak tak payah ungkit."

"Macam mana dengan awak, Umin.?"

Xiumin mengerutkan dahinya memandang Chanyeol agak bingung. "Apa kena dengan saya pula.?"

Chanyeol menggolekkan bebola matanya. "Saya ingat macam mana awak menjadi seorang pemarah."

Xiumin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya mengingati perkara itu. "Tak lagi kot. Saya tak pasti. Kadang-kadang saya rasa cepat marah juga. Saya pun dah tak tahu nak cakap apa."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now