>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Lay (EXO) as Zhang Yizing (Huruf Z).
Bab 23
Chanyeol kini sedang duduk di atas batu besar itu. Di mana kali pertama dia berbual dengan Xiumin suatu ketika dulu. Buku usang yang sehingga kini masih belum dapat dibaca itu berada di tangannya. Entah kenapa, dia tersenyum bila teringat kenangan yang lalu. Buat seketika, dia menyangka dia akan mempunyai perasaan kepada Xiumin kerana dia adalah lelaki pertama yang Chanyeol menjadi sedikit terbuka. Tapi ternyata sangkaannya meleset. Hatinya berjaya dicuri oleh orang lain.
"Buku apa yang awak baca tu.?"
Chanyeol menoleh pantas. Lelaki berbadan elok dengan wajah serius yang tampan itu berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Entah bila kali terakhir dia melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.
"Hoya..."
Hoya berjalan perlahan-lahan mendekatinya. "Boleh saya duduk.?"
Chanyeol segera ketawa apabila mendengar pertanyaan lelaki itu yang agak formal. "Sopannya awak bertanya."
Hoya hanya tersengih lalu duduk tanpa menunggu jawapan. "Saya dah biasa macam tu kot."
Chanyeol mengangkat sebelah keningnya. "Oh, ya.?? Saya tak pernah tengok. Saya ingat lagi macam mana awak nak hapuskan kami semua masa berlawan kali pertama tu."
Hoya mengelip-ngelipkan matanya seketika. "Masa tu lain sikit..."
"Lain apanya.??" Chanyeol mengecilkan matanya.
"Saya rasa saya patut lindungi mereka yang lain..." Hoya memandang ribanya seketika lalu mengangkat bahunya. "Awak faham kan... Lagipun saya rasa susah sikit saya nak kawal apa-apa bila saya guna kuasa saya."
Chanyeol hanya tersenyum. "Jangan risau. Saya faham."
Keadaan sunyi sepi seketika. Tiada siapa yang membuka mulut untuk bercakap. Mereka memandang sekeliling cuba untuk menikmati udara yang segar itu. Mereka juga tidak tahu apa yang patut dikatakan.
"Buku apa tu sebenarnya.?"
Chanyeol menoleh memandang Hoya yang kini sudah melirik ke arah buku usang yang berada di atas ribanya.
"Ini.??"
Hoya memandang Chanyeol sambil mengangguk-angguk. "Ya. Saya selalu nampak kamu baca."
Chanyeol tersengih. "Kami tak dapat baca pun sebenarnya."
Hoya mengerutkan dahinya agak bingung. "Apa maksud awak.??"
"Tulisan dalam ni adalah tulisan yang kami tak dapat baca." Chanyeol memandang ke arah buku itu lagi. "Ia adalah tulisan purba dan unik... Atau lebih tepat lagi... Tulisan puak Huruf."
Hoya membesarkan matanya agak terkejut. "Tulisan puak Huruf.??"
Chanyeol mengangguk-angguk. "Sebab kami dah cuba kaji tulisan ni. Tak pernah wujud di mana-mana."
Hoya kini sudah ternganga. Dia kelihatan bingung bercampur teruja. Dia masih memandang buku itu tetapi tidak meminta untuk melihat isi kandungannya.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...