Kumpulan Lain

1.7K 134 13
                                    

Bab 15


Sehun membuka mata secara tiba-tiba lalu duduk di katilnya sambil memandang sekeliling cuba untuk membetulkan kepalanya. Dia berfikir seketika. Baru sebentar tadi dia merasakan ada sesuatu yang bergegar dengan bunyi bising yang sayup-sayup. Dia memandang Xiumin yang masih nyenyak tidur di katil sebelah.

Dia tersentak apabila bunyi bising yang aneh itu kedengaran lagi. Dia cuba melihat melalui tingkapnya keluar. Dia merasakan ada sesuatu yang berlaku di luar sana. Perlahan-lahan dia menuju ke katil Xiumin dan mengejutkan lelaki itu.

"Umin... Xiumin..."

Xiumin menggerutu lalu membuka matanya perlahan-lahan. "Apa awak buat katil saya ni.?"

"Bangun dulu!" Sehun menggesa.

Xiumin mendengus kuat lalu bangun serta-merta sambil menggosok kedua-dua matanya. "Ada apa.?"

"Awak cuba dengar betul-betul."

Xiumin berkerut lalu cuba mendengar jika ada apa-apa yang aneh. Agak lama mereka berdiam diri sebelum Xiumin membesarkan matanya.

"Bunyi apa pula tu.?"

"Itu yang saya tak pasti." Sehun bingkas berdiri. "Kita kena pergi tengok. Benda tu macam dekat je."

Xiumin tidak membantah. Dia terus sahaja menyusul Sehun keluar dari bilik itu. Kelihatan Chanyeol dan Chen sudah berdiri di ruang markas itu sambil berbincang mengenai sesuatu yang serius.

"Bagus lah kamu bangun." Chen menarik nafas lega.

"Ini pasal bunyi aneh ni ke.?" Sehun mengerutkan dahinya.

"Dengan gegaran tu sekali!" Chanyeol menambah. "Saya dapat rasa ada satu hentakan tadi."

"Dari mana datangnya bunyi tu.?" Sehun memandang sekeliling cuba memastikan sesuatu.

"Tak tahu." Chanyeol turut memandang sekeliling.

"Ada apa ni.?"

Serentak mereka semua menoleh. Jungkook menguap sambil memandang ke arah mereka. Bambam dan Hoshi kini menggosok kedua-dua mata mereka. Mark, Seungcheol dan Junhui hanya kebingungan. Bunyi seperti ngauman itu kedengaran lagi menyebabkan mereka semua memandang sekelilinga agak terkejut.

"Apa..." Sehun tidak menghabiskan kata-katanya apabila dia mendengar bunyi pekikan dan lolongan dari segenap arah.

"Saya rasa saya tahu di mana tu."

Serentak semua orang memandang Chanyeol.

"Ia seperti di pintu masuk bahagian Utara." Chanyeol memandang mereka semua silih-berganti. "Tempat kami keluar mencari bebola kristal tu."

"Jom pergi!" ujar Xiumin lalu memandang yang lain. "Hoshi... Seungcheol..."

Kedua-dua itu hanya tercengang apabila mendengar nama mereka dipanggil.

"Kamu berdua berjaga di sini!" arah Xiumin ketika dia berjalan mendekati Sehun. "Dan saya maksudkan berjaga! Pastikan tak ada apa-apa yang pelik dan merbahaya berlaku di sini."

Seungcheol dan Hoshi hanya mengangguk tidak berkelip apabila mendengar arahan yang tegas itu secara tiba-tiba.

"Mark..."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now