Bab 43
Baekhyun kini melakukan sesuatu yang hanya dia seorang sahaja dapat pastikan. Dia seolah-olah sedang menumbuk sesuatu di atas sebuah batu. Jin, Mark, Daehyun, Jungkook dan Sehun bersedia di tempat masing-masing penuh gementar. Mereka berada dalam kumpulan yang paling bahaya setakat ini.
Sepanjang perjalanan, mereka tidak berhenti bertanya dengan Baekhyun mengenai peranan mereka. Dan lelaki bermata biru semulajadi itu hanya menerangkan entah sudah berapa kali setakat ini. Hanya dia seorang sahaja yang kelihatan tenang dalam misi itu, manakala yang lain seperti ingin tarik diri serta-merta.
"Kamu dah bersedia.??" Baekhyun memandang setiap orang yang berada di situ satu-persatu.
"Saya tak pasti." Jin mengaku sambil menjilat bibirnya yang kini sudah mula kering tanpa sebab.
Baekhyun mendengus perlahan lalu segera berdiri menghadap mereka. "Kita kena lakukan ini. Ada sebab kenapa saya kumpulkan kamu semua dalam kumpulan ni."
"Jadi..." Daehyun bersuara sambil berfikir seketika masih ragu-ragu. "Saya akan tinggalkan jelmaan serigala saya nanti.?"
"Ya." Baekhyun mengangguk-angguk. "Pastikan semua jelmaan awak menjadi pelindung awak. Dan pastikan mereka terus sahaja menyerang apa sahaja yang akan menyerang kita."
Daehyun mengangguk-angguk bagaimanapun riak wajahnya masih kelihatan tidak yakin sama sekali.
"Jungkook..."
Jungkook mengangkat keningnya memandang Baekhyun. Jantungnya juga berdebar-debar ketakutan.
"Awak kena salurkan kuasa awak pada semua." Baekhyun mengingatkan walaupun perkara itu sudah dimaklumkannya kepada lelaki berlesung pipit itu. "Pastikan tiada sesiapa yang cedera."
Jungkook menelan air liurnya kemudian mengangguk. Tanggungjawab itu nampak mudah tetapi amat berat baginya.
"Jin..."
Jin hanya memandang Baekhyun.
"Awak, Mark dan juga saya akan pergi cari Huruf U." Baekhyun memberitahu. "Sehun..."
Sehun hanya memandang Baekhyun dengan wajah yang tenang.
"Awak serang."
Sehun menelan air liurnya tanpa dia sedari.
"Awak akan serang kalau mereka dah perasan apa yang berlaku." Baekhyun menghabiskan ayatnya membuatkan Sehun mengangguk. Lelaki bermata biru itu segera menarik nafas panjang. "Kamu dah bersedia.??"
Semua orang kini mula menarik nafas. Berdoa di dalam hati untuk apa sahaja yang berlaku. Ada yang berpandangan dengan wajah yang hampir menangis masih ingin menarik diri daripada misi itu.
Baekhyun tidak menunggu lama lagi. Dia mengambil benda yang asyik ditumbuknya pada batu tadi dan kini sudah menjadi debu. Dia meniup debu berwarna kelabu itu perlahan-lahan. Lama-kelamaan, sesuatu yang mengejutkan mereka telah berlaku. Sedikit demi sedikit mereka dapat melihat sebuah kawasan yang dipenuhi dengan rumah aneh diperbuat daripada batu yang tidak rata. Unggun api marak di beberapa kawasan walaupun hari masih siang. Tempat itu seperti sebuah lukisan.
Kelihatan ramai orang yang berjalan ke sana sini. Apa yang membuatkan mereka ternganga, semua orang-orang itu berkepala botak dengan banyak corak pada tepi mata mereka. Sepertinya mereka melakukan sesuatu mengikut perkara yang telah ditetapkan dan ditugaskan kepada mereka.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...