Prolog

1.9K 140 0
                                    

Recap:


"Sehun... Saya nak minta tolong awak sesuatu."

Sehun segera memandang lelaki itu. "Apa dia.?"

"Kalau misalnya ada apa-apa akan berlaku..." Luhan bersuara perlahan. "Saya nak awak ambil rantai saya ni."

Sehun segera mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Apa maksud awak.?"

"Rantai ni..." Luhan mengeluarkan rantai yang ada di lehernya itu. "Kalau ada apa-apa yang akan berlaku nanti..."

"Awak nak cakap awak akan mat..."

"Saya hanya cakap kalau!" tegas Luhan.

Sehun segera terdiam.

Luhan menarik nafas panjang. "Saya nak awak simpan rantai ni..."

Sehun tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu.

"Rantai seorang ketua tak akan dapat musnah walaupun dia mati." beritahu Luhan. "Sebab rantai ni akan menjadi kunci untuk kamu maju ke peringkat seterusnya."

"Maksudnya.?" Sehun kelihatan bingung.

"Kamu perlukan benda ni untuk pergi ke peringkat seterusnya. Maksudnya ke peringkat seterusnya kuasa Huruf akan kembali. Ingat tak kami terangkan mengenai peringkat penurunan kuasa ni sewaktu kamu mula-mula sampai di markas tempoh hari.??"

Sehun berfikir seketika kemudian mengangguk-angguk.

"Rantai ni akan bercahaya jika kamu dah mula perlukan kuasa."

"Perlukan kuasa.??" Ulang Sehun.

"Maksudnya musuh dah muncul." ujar Luhan. "Rantai ni akan berkuasa dan kamu kena kembali ke markas ni."

"Jadi kami tak boleh tinggal di sini sebelum tu ke.?" Tanya Sehun.

"Hanya jika kamu berada di dunia luar." jawab Luhan. "Kamu kan ada kehidupan sendiri."

"Oh." Sehun mengangguk-angguk tanda faham.

"Balik ke sini dan letakkan rantai saya di atas ukiran batu tempat di mana kita letakkan bebola kristal tu."

Sehun hanya mendengar dengan tekun.

"Jika semua rantai puak Huruf dah lengkap..." Luhan merenung Sehun sambil berharap setiap kata-katanya akan diingati oleh lelaki itu. "Maknanya kamu kena mulakan misi mencari."

"Misi... Mencari.??"

Luhan mengangguk-angguk. "Macam yang kami lakukan untuk cari kamu."

Sehun tidak membalas sebaliknya mula berfikir. Dia kini sedang membayangkan dirinya sudah berada dalam keadaan itu.

"Kumpulkan semua dan bawa balik ke sini." sambung Sehun. "Kamu kena buat macam mana yang kami buat."

"Maksudnya semua akan jadi sama seperti sekarang.??"

Luhan menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan.



Serentak Xiumin, Chanyeol dan Chen membesarkan mata apabila Sehun menceritakan seluruh perbualannya dengan Luhan kepada mereka.

"Jadi kita kena mula lagi.?" Tanya Chen.

Sehun hanya mengangguk-angguk.

"Awak masih simpan rantai Luhan.?" Tanya Xiumin pula.

"Ya." jawab Sehun. "Saya masih simpan. Dan tiga hari yang lalu rantai tu bercahaya tiba-tiba."

Serentak mereka semua terkejut.

"Jadi maknanya kita akan dapat semula kuasa kita.?" Chanyeol merenung Sehun yang hanya mengangguk-angguk.

Dengan pantas Chen menghalakan tangannya untuk cuba menggunakan kuasanya akan tetapi tiada apa-apa yang berlaku. "Masih belum ada pun."

"Saya belum letak rantai dia pada ukiran batu tu pun kan.?" Sehun menderam.

"Kita kena balik ke markas.?" Xiumin memandang Sehun.

"Ya."

***

Pintu batu itu terbuka perlahan-lahan. Xiumin, Sehun, Chanyeol dan Chen melangkah masuk perlahan-lahan. Tempat itu masih sama dengan keadaan yang mereka tinggalkan empat tahun dulu. Ia kini menjadi tempat seperti padang jarak padang terkukur. Batu-batu hancur sini sana. Kerosakan selepas mereka habis berperang tempoh hari terlalu banyak melebihi sembilan puluh peratus daripada kawasan markas itu. Apa yang tidak berubah adalah dinding bilik kebal, pintu masuk serta ukiran batu yang berada di tengah-tengah kawasan itu.

"Masih sama keadaannya." Chen bersuara sambil memandang sekeliling.

"Entah bila kali terakhir kita berada di sini dalam keadaan baik." Chanyeol mencelah juga memandang sekeliling.

"Sudah empat tahun berlalu selepas pertempuran tu." Xiumin tiba-tiba bersuara. "Tapi kita masih rasa mereka ada di sini."

Sehun, Chen dan Chanyeol tidak bersuara sebaliknya mengangguk perlahan.

"Apa kita perlu buat sekarang.?" Chanyeol segera memandang Sehun.

Sehun tidak segera menjawab sebaliknya mula berjalan meredah rekahan-rekahan batu yang bertaburan itu. Dia berhenti di hadapan ukiran batu yang masih kukuh tidak bergerak. Sehun segera menyeluk kocek jaket yang dipakainya kemudian mengeluarkan rantai Huruf 'L' yang masih tidak berhenti bercahaya bagaimanapun tidak terlalu terang. Chanyeol, Xiumin dan Chen mendekati lelaki itu.

"Awak akan letak kat situ.?" Tanya Chen.

Sehun tidak menjawab sebaliknya menekan butang bulat yang berada di tengah-tengah ukiran batu itu menyebabkan ianya terbuka dan mengeluarkan satu lagi ukiran batu yang mempunyai semua Huruf yang disusun secara rawak. Sehun meletakkan rantai Luhan yang berada ditangannya perlahan-lahan ke tengah-tengah ukiran itu sesuai dengan bentuknya.

Tidak semena-mena, cahaya rantai itu semakin terang. Apa yang mengejutkan mereka, satu persatu bentuk Huruf yang kosong di situ mengukir buah rantai selari dengan bentuknya. Setiap rantai yang terukir dari huruf 'A' sehingga huruf 'Z' mula bercahaya menerangi mereka. Tidak lama kemudian, kesemua dua puluh enam rantai itu terapung di udara kemudian berlegar-legar di seluruh kawasan markas itu.

Apa yang lebih mengejutkan mereka, batu-batu yang pecah bertempiaran di seluruh kawasan itu mula bergerak sendiri kembali ke tempat asal. Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan kembali hidup di tanah. Laut dan kolam mula terbentuk. Keempat-empat mereka hanya ternganga memandang keajaiban itu. Tidak sampai beberapa minit, tempat itu kini sudah kembali seperti sedia kala. Sama seperti waktu mereka mula-mula melangkah masuk ke markas itu. Ruangan tempat mereka berdiri itu juga sama seperti dulu..

"Apa maknanya semua ni.?" Chen masih lagi tercengang.

"Maknanya misi mencari kita sudah bermula."


A/n: Prolog saya ambik dari epilog Huruf pertama je. Untuk mulakan semua cerita balik saya perlukan kamu recall semuanya balik. Hehehe. I promise a better things here. Jangan sedih dulu. Hehehe. Btw, I love to hear your feedback. :) Saya akan update bab 1 terus.

> VOTE & COMMENT <

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now