Serangan Lagi

1.6K 128 8
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Jimin from BTS as Eun Jimin (Huruf E).


Bab 20


Sehun berjalan menyusuri hutan-hutan di markas itu. Melihat kesegaran tumbuhan yang tumbuh mekar di sekelilingnya. Dia masih ingat lagi pada saat dia mengekori Luhan secara curi-curi suatu ketika dahulu. Bagaimana lelaki itu boleh tahu orang itu adalah dia. Sehun tersengih seketika. Tidak menyangka bahawa pengakhirannya seperti ini. Tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan lelaki itu akan menjadi lebih singkat.

Langkah Sehun terhenti apabila dia ternampak satu kelibat. L kini sedang berdiri seorang diri di tengah-tengah kawasan latihan itu. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Pasir kini hampir menyeliputi kasutnya. Sehun berkerut seketika sebelum berjalan perlahan-ahan mendekati lelaki itu.

"L..."

Lelaki dengan rambut rapi itu menoleh pantas. Lesung pipitnya yang dalam benar-benar mengingatkan Sehun pada seseorang.

"Sehun..."

"Buat apa kat sini.?" Sehun mengerutkan dahinya sedikit ketika memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek seluarnya.

L menarik nafas panjang lalu memandang sekeliling. "Tak ada apa-apa. Cuma berfikir."

"Berfikir.??" Ulang Sehun. "Pasal apa.?"

L berdiam diri seketika. "Pasal kehidupan."

Sehun tergelak kecil mendengar jawapan itu. "Perkara tu adalah perkara biasa sebagai Huruf yang baru."

L memandang Sehun sambil mengecilkan matanya akibat angin yang bertiup. "Pernah tak awak rasa menyesal.?"

Sehun berfikir seketika. "Saya tak pernah rasa macam tu. Sebab kehidupan saya pun tak lah normal sangat."

L berkerut hampir membuka mulut untuk bertanya bagaimanapun segera berdiam diri.

"Tapi Xiumin dan Chanyeol..." Sehun memandang L. "Dapat juga mereka tamatkan pelajaran mereka."

L mengangguk lalu memandang ke bawah seketika. "Macam mana dengan kehidupan peribadi.?? Maksud saya awak mungkin ada suka seseorang sebelum ni dan awak kena lupakan semua tu."

Sehun tersenyum. "Saya rasa awak mesti tahu saya mula rasa macam tu setelah menjadi puak Huruf."

"Ah..." L baru teringat mengenai apa yang Chanyeol dan Chen ceritakan pada mereka sebelum ini.

"Tapi saya pernah dengar sejarah puak Huruf sebelum-sebelum ni..." Sehun menyambung lagi. "Tak semua puak Huruf kahwin dengan puak Huruf juga. Ada yang kahwin dengan orang biasa."

L membesarkan matanya memandang Sehun. "Serius.?? Maksudnya kita boleh kahwin dengan orang biasa juga.??"

Sehun mengangguk perlahan. "Malah mereka boleh tinggal di sini. Yang penting mereka benar-benar boleh dipercayai."

L segera menarik nafas lega.

"Kenapa.??" Sehun mengangkat keningnya. "Dah ada calon ke.??"

Wajah L mula merah padam. "Bukan macam tu. Saya belum buat apa-apa tindakan lagi. Tapi saya dah perhatikan dia agak lama..."

Sehun membesarkan matanya.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now