Bab 9
Seungcheol duduk di kerusi sambil tunduk memandang ribanya. Jari-jemarinya dimain erat. Dia tidak berani untuk mengangkat mukanya. Tidak mampu untuk memandang setiap orang yang ada di situ terutama Xiumin, Sehun dan Hoshi yang hampir mati olehnya. Bambam pula duduk lemah di sebelah Mark yang memegang tangannya erat. Mujur dia tidak begitu teruk walaupun dia muntah darah dengan banyak.
Xiumin kini berdiri sambil berpeluk tubuh. Mata tajamnya merenung orang yang ada di situ satu-persatu. Sehun hanya duduk tenang. Menggigit bibirnya sambil berfikir tentang apa yang bakal dia cakap. Hoshi hanya duduk kebingungan di sebelah Chen yang hanya menunggu untuk yang lain bertindak. Chanyeol pula duduk di kaunter dapur tempat Baekhyun selalu duduk jika dia mengganggu Kyungsoo bekerja. Lelaki itu kini duduk di hadapan komputer ribanya. Sesekali dia akan memandang setiap orang yang ada di situ untuk memastikan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
"Okey..." Sehun menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian dan ketegangan itu. "Saya rasa kita perlu mulakan perbincangan ni."
Hampir semua mereka membetulkan kedudukan masing-masing.
"Bambam..."
Bambam memandang Sehun dengan matanya yang masih kelihatan lemah. Dia sudah tidak aktif seperti sebelumnya.
"Apa yang berlaku pada awak kelmarin.?" Tanya Sehun sambil mengecilkan matanya.
Bambam berdehem kemudian mula berfikir. "Sebenarnya... Saya bercerita dengan Hoshi."
Hoshi mengangguk bersetuju mengenai itu.
"Kami berbual macam biasa je..." Bambam berfikir lagi. Cuba mengingat setiap perkara yang dilaluinya. "Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang sakit di dada seolah-olah ia mencengkam paru-paru saya dengan kuat."
Mulut Hoshi kini ternganga sambil matanya terbuka luas. Mark hanya mengusap lembut belakang teman lelakinya itu. Seungcheol masih lagi tunduk tidak bergerak. Dia seperti sesat dalam dunianya sendiri. Chanyeol hanya duduk tidak berganjak. Begitu juga dengan Sehun, Chen dan Xiumin.
"Saya rasa apa sahaja yang ada dalam badan saya masa tu seperti memakan setiap inci di dalamnya..." Bambam menyambung dengan wajah yang ketakutan mengingatkan apa yang dia alami. "Saya rasa benar-benar nak muntahkan semuanya. Buat seketika saya ingatkan saya akan muntahkan semua usus dan organ dalam badan saya. Saya sedikit... Lega yang ia hanya darah."
"Awak ada penyakit ke.??" Chen mengerutkan dahinya.
Bambam menggelengkan kepalanya. "Saya tak ada penyakit. Malah, saya jarang kena sakit."
"Habis tu.??" Chen mengangkat keningnya. "Ada sesuatu yang awak makan ke atau apa..."
"Tak." Bambam memintas. "Tak ada apa-apa. Saya yakin benda tu tiba-tiba terjadi tanpa sebab."
Serentak Sehun, Xiumin dan Chen berpandangan. Chanyeol hanya duduk diam sambil berfikir.
"Saya tak tahu apa yang jadi..." Bambam menarik nafas panjang. "Tapi ia benar-benar berlaku secara tiba-tiba."
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba memikirkan kesimpulan yang boleh dibuat.
"Seungcheol..."
Seungcheol kelihatan terkejut apabila namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya memandang ke arah Sehun.
"Apa yang jadi.?" Tanya Sehun tenang tanpa mempedulikan renungan tajam Xiumin.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
أدب الهواةMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...