>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of L (Infinite) as L/Myungsoo (Huruf M).
Bab 18
Semua orang kini sedang melakukan hal masing-masing di ruang markas itu. Semua masih lagi terkesan dengan apa yang baru sahaja berlaku. Hoya mula kelihatan takut. Dia mula sedar kepentingan untuk berada dalam kumpulan yang ramai. Sehun dan Chanyeol masih lagi cuba untuk mencari sesuatu dengan bantuan Jungkook.
Latihan sudah dimulakan. Chanyeol, Chen, Xiumin dan Sehun akan melatih mereka silih-berganti. Kebanyakan daripada mereka masih tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kuasa sendiri. Ada juga yang senang untuk dilatih. Misi mencari juga masih diteruskan. Mereka rasa gembira dan pelik dalam masa yang sama kerana masih tiada rantai yang berkurangan.
Sejak perlawanan dengan gergasi itu, Jimin semakin mendekatkan diri dengan Sehun. Lelaki itu pula langsung tidak selesa dan sentiasa mengelak untuk apa juga hal yang boleh mengaitkan dia dengan Jimin. Junhui pula sering mengekori Xiumin jika lelaki itu ingin bersendirian. Dia tidak begitu kisah.
"Hari ni ada latihan tak.?" Tanya Y ixing sambil menggigit biskut yang terletak di atas meja.
Chen yang duduk di hadapannya mengangguk. "Latihan akan tetap berjalan sehingga kamu semua benar-benar mahir."
"Macam mana nak tahu kami benar-benar mahir atau tak.?" Jin mencelah.
Chen memandang Xiumin yang duduk berdekatan. Xiumin hanya membalas pandangannya tidak menjawab. Itu termasuk dalam perkara yang mereka tidak dapat pastikan. Mereka tidak tahu bagaimana penaung terdahulu memastikan bahawa mereka benar-benar sudah mahir.
"Kami pun tak pasti."
Serentak semua orang berpandangan agak bingung kecuali empat penaung itu dan juga Jungkook.
"Apa maksud awak.?" V mengecilkan matanya.
Chen mendengus perlahan. "Kami sebenarnya tak tahu sangat pasal semua kuasa puak huruf ni."
Sekali lagi semua orang kebingungan.
"Pada peringkat kami..." Chanyeol mencelah. "Tak semua Huruf dapat kami jumpa. Hanya ada beberapa orang sahaja."
Semua orang membesarkan mata agak terkejut.
"Maknanya kamu tak pernah jumpa kuasa kami.??" Seungcheol membesarkan matanya.
"Ada beberapa yang kami pernah jumpa." Chanyeol menarik nafas panjang. "Macam kuasa L dan Zitao. Yang lain semuanya kuasa yang baru bagi kami."
"Maknanya..." Seungcheol masih lagi terkedu.
"Orang yang memegang kuasa kamu sebelum ni mati sebelum kami sempat jumpa mereka." Xiumin memintas.
Semua orang terdiam cuba untuk memproses perkara itu.
"Jadi, sepatutnya..."
"Mark!!!"
Belum sempat V menghabiskan kata-katanya, pekikan Bambam membuatkan semua orang berpaling. Mark kini sedang memegang dadanya dengan wajah yang merah padam. Urat-uratnya kelihatan dan matanya berair. Dia melutut di lantai sebelum darah merah pekat tersembur keluar.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...