Bab 47
"Awak rasa kita akan okey.?"
Bambam segera berhenti memetik bunga-bungaan yang berada di sekeliling mereka. Dia memandang ke arah Mark yang kini sudah memandangnya dengan mata yang menyimpan pelbagai emosi.
"Apa maksud awak.?"
"Pasal puak ni..." Mark menelan air liurnya. Airmatanya mula bergenang. "Pasal apa yang akan kita hadapi. Berperang."
"Mark..." Bambam cuba mengukir senyuman manis. "Kita akan baik-baik sahaja. Jangan risau."
"Saya nampak apa yang mereka boleh buat, Bam." Mark menggigit bibirnya. Airmatanya akan mengalir pada bila-bila masa sahaja. "Witchdigo. Mereka sangat berbahaya."
Bambam tidak membalas.
"Awak tahu..." kali ini, air mata lelaki berwajah manis itu sudah mengalir. Dia tidak dapat menahan perasaannya. "Saya benar-benar gembira. Bila mengetahui kita lari dari rumah kebajikan tu... Dan akan hidup bersama."
Bambam tunduk seketika. Tidak sanggup melihat wajah lelaki kesayangannya itu dalam keadaan sedih.
"Saya tak menyesal." Mark cuba untuk tersenyum walaupun gagal. "Saya tahu saya akan gembira."
"Tapi.??" Bambam mengangkat keningnya. Dia tahu akan ada perkataan itu wujud selepas ini.
"Saya takut." Mark menangis lagi.
"Hei..." Bambam segera meletakkan bakul yang berisi bunga itu di atas rumput lalu berjalan mendekati Mark. Dia mengesat air mata lelaki itu perlahan-lahan. "Semua akan baik-baik sahaja."
"Dah ada yang mati sebelum ni, Bam." Mark bersuara serak. "Malah, orang-orang hebat... Luhan, Baekhyun, Kris, Kyungsoo... Semuanya pernah mati."
"Tapi lawan kita kali ni berbeza." Bambam masih lagi cuba memujuk lelaki itu. "Lawan mereka dulu memang memburu dari mula lagi."
"Tapi tetap ada bahayanya."
"Mark..."
Mark segera memandang tepat ke mata lelaki itu. Serta-merta cair pada mata yang membuatkan dia jatuh cinta sebelum ini.
"Awak kena yakin." Bambam bersuara lembut. "Kali ini kita lengkap. Ramai orang yang kuat berada dengan kita. Awak kena percaya pada puak ni dan kita pasti akan menang tanpa ada yang mati."
Mark tidak membalas. Dia berusaha memujuk dirinya sendiri. Cuba meyakinkan fikiran dan hatinya.
"Lepas semuanya selesai..." Bambam bersuara lagi. "Keadaan akan jadi seperti sediakala."
Mark mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya. Dia cuba melegakan perasaannya. Bambam tersenyum puas lalu kembali mencapai bakul yang diletakkannya sebentar tadi.
"Lepas tu nanti..." Mark bermain dengan jari-jemarinya sambil mata kecilnya menyoroti setiap pergerakan Bambam. "Awak akan lamar saya ke.?"
Bambam segera memandang lelaki itu lalu ketawa sedikit. "Mestilah! Itu perkara yang saya nak buat dari dulu lagi."
Mark tersenyum sendiri kemudian duduk di atas rumput itu dengan wajah yang bahagia.
"Saya gembira kita berada di sini sekarang."
Bambam hanya tersenyum. Itu adalah perkara yang asyik dilakukannya sejak dari tadi lagi. "Saya pun."
"Kita tak akan hidup merempat dan mencuri lagi."
Bambam tersenyum sendiri apabila mengingati masa lalu mereka. Betapa teruk cara yang mereka gunakan. Tidak tahu bagaimana rasa bersyukurnya mereka saat ini kerana ada tempat tinggal.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...