Serangan

1.8K 134 8
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Hoya (Infinite) as Hoya (Huruf H).


Bab 17


Chanyeol kini sedang memeriksa sesuatu pada komputer ribanya dengan bantuan Jungkook. Sepertinya lelaki itu sudah menggantikan tempat Luhan untuk misi itu. Mark, Seungcheol dan Bambam sedang bekerja di dapur. Sehun masih lagi cuba untuk membaca buku purba itu. Dahinya berkerut dan kepalanya sakit. Hoshi duduk di sebelahnya sambil memerhatikan setiap perkara yang dia lakukan.

Jimin, V, Jin, L, Zi Tao dan Yixing duduk di suatu sudut sambil bercerita. Hoya turut berada di situ. Lelaki itu kelihatan tidak selesa dengan keadaan baru. Dia ingin menjadi ketua tapi tidak berani hendak berbuat apa. Xiumin duduk di sebuah kerusi sambil mengemas kotak itu. Ini adalah kali pertama mereka mengumpulkan orang yang ramai. Tiada rantai yang berkurangan. Junhui pula duduk di sebelah Chen sambil memerhati setiap pergerakan Xiumin. Chen hanya duduk kebosanan.

"Berapa lagi rantai yang tinggal.?"

Xiumin segera mendongak memandang Chen yang kini memandangnya dengan wajah kebosanan. "Sembilan."

"Saya terkejut ia tak berkurang langsung." Chen mengangkat bahunya.

Xiumin tidak bersuara atau memberi sebarang reaksi.

"Dan kuasa empat penaung yang lama masih belum ada kan.??" Chen mengangkat keningnya.

"Ya." Xiumin menarik nafas panjang. "Nampaknya macam tu lah."

"Saya nak tanya..."

Semua mata kini beralih kepada Hoya yang masih mengekalkan riak wajah seriusnya. Sesiapa yang melakukan sesuatu turut berhenti dan memandang lelaki itu.

"Siapa ketua puak ni.??" Hoya memandang Sehun dan Xiumin silih-berganti. "Kamu dah putuskan ke.? Kalau nak buat pemilihan balik boleh.?"

Xiumin mendengus kuat mendengar pertanyaan itu. Sehun hanya menggelengkan kepalanya.

"Hoya..." Chen menarik nafas panjang. "Ketua puak Huruf dah ditetapkan. Tiada pemilihan dibuat. Ia memang dah terpilih."

"Siapa.??" Hoya mengangkat sebelah keningnya.

"Kita belum jumpa orangnya."

Kenyataan itu menyebabkan semua orang hampir berkerut.

"Apa maksud awak.?" Hoya mengecilkan matanya.

"Ketua puak ni dah ditetapkan melalui kuasa..." Sehun menarik nafas panjang. "Kuasa petir."

"Petir.??" Ulang V. "Awak bukan..."

"Tak." Sehun segera memintas. "Kuasa utama saya adalah panah. Bukan petir. Saya hanya memimpin setakat ini dan..."

BOOOMMMM!!!!

Belum sempat Sehun menghabiskan kata-katanya, satu letupan telah berlaku dan menggegarkan tempat itu menyebabkan semua orang memandang sekeliling sambil membesarkan mata.

"Apa tu.??" Jin menelan air liurnya.

Tiada siapa yang mampu menjawab soalan itu. Bunyi ngauman yang kuat jelas kedengaran membuatkan mereka memandang Hoya.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now