Bab 46
Luhan berjalan perlahan-lahan meredah semak-samun itu. Dia memerhati kawasan sekeliling sama seperti suatu masa dahulu. Di mana mereka dalam langkah berjaga-jaga ketika Tao diculik selepas keluar dari misi mencari bebola kristal. Kali ini mereka dalam langkah berjaga-jaga untuk memastikan tiada sihir yang dapat menembus masuk ke dalam markas itu pada bila-bila masa.
Mereka sudah menggunakan kuasa kelima-lima bebola kristal itu. Mereka kini sudah kebal dan tidak akan terkena sihir. Akan tetapi, markas dan semua yang ada di sekeliling mereka masih terdedah. Kuasa bebola kristal itu hanya akan melindungi dan berfungsi kepada puak Huruf dan bukannya orang di sekelilingnya.
Desiran daun-daun lalang di belakangnya yang kedengaran sayup-sayup membuatkan langkahnya terhenti. Buat seketika, dia ingin meneka bahawa orang itu adalah Sehun kerana dia yang sering mengikutinya secara curi-curi. Akan tetapi, dia tidak dapat merasakan kehadiran lelaki itu seperti yang sering dirasakannya sebelum ini. Dia tidak merasa apa-apa yang boleh mengesan orang itu.
Perlahan-lahan dia menoleh memandang ke belakang. Tiada sesiapa di situ bagaimanapun dia yakin ada seseorang sedang bersembunyi di mana-mana di kawasan yang berdekatan.
"Siapa.?"
Kedengaran suara seseorang berdehem seketika sebelum seseorang bergerak keluar dari salah satu batang pokok yang berada di situ. Luhan agak terkejut melihat orang itu. L berdiri dengan wajah selambanya. Senyumannya menunjukkan lesung pipitnya yang dalam. Wajahnya kelihatan tenang dan tidak teragak-agak.
"L.??" Luhan membesarkan matanya tidak percaya.
L hanya mengangguk sekali sebelum berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu. "Kenapa.? Awak harapkan orang lain ke.?"
Luhan mengelipkan matanya seketika sebelum menggeleng tidak yakin. "Bukan lah. Saya cuma tak sangka ia adalah awak."
L hanya tersenyum tawar kemudian mula berjalan bersama-sama dengan lelaki itu. Mereka berada dalam keadaan yang amat kekok. Luhan masih tidak tahu kenapa ia boleh jadi seperti itu, manakala L pula memang sudah maklum. Kedua-dua mereka langsung tidak bersuara.
"Awak tahu..."
Luhan segera memandang L yang kini memandang sekeliling. Bersyukur kerana lelaki itu memecahkan kesunyian yang langsung tidak menyenangkan.
"Saya masih tak percaya yang takdir akan mempertemukan kita semula dalam puak ni."
Luhan mengangkat keningnya apabila mendengar perkataan 'takdir' itu. Bukan tidak percaya atau tidak senang. Entah kenapa ia kedengaran lain bila keluar dari mulut lelaki berwajah selamba itu.
"Apa yang buatkan awak masih tak percaya pasal tu.?"
L mengangkat bahunya. "Yang kita berdua sama-sama pelik.??"
Luhan menggolekkan bebola matanya kemudian tersenyum sinis memandang lelaki itu. "Kalau awak masih ingat fakta bahawa saya berdarah asli keturunan yang 'pelik' ni.?"
"Bukan itu maksud saya..." L menghayunkan tangannya dengan pantas. "Maksud saya... Well... Awak adalah orang biasa masa saya jumpa awak dulu."
Luhan menarik nafas panjang kemudian mengangguk seketika.
"Lepas tu bila saya tahu saya ada kuasa..." L menyambung. "Saya sangkakan yang saya tak akan jumpa awak lagi. Tapi..."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...