>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Kyungsoo (EXO) as Do Kyungsoo (Huruf D).
Bab 28
V berjalan keluar dari bilik lalu memandang sekeliling ruang markas itu. Suho, Woohyun dan Jin sedang berbual di meja makan. Gelak tawa mereka dapat didengar dari bilik lagi kerana ia terlalu kuat. Seungcheol pula sedang bekerja di dapur sendirian dengan wajah yang selamba tanpa mempedulikan yang lain. Kelibat keempat-empar penaung itu langsung tidak kelihatan di mana-mana termasuk penaung asal, Kyungsoo.
V menarik nafas panjang lalu segera berjalan dan menyertai mereka di meja makan itu. Dia memandang sekeliling sekali lagi tanpa sebab. Pelbagai perkara mula bermain di fikirannya.
"Awak ni dah kenapa.?" Jin memandang lelaki itu sambil berkerut. "Macam terlalu banyak berfikir."
V menarik nafas panjang. "Well... Pelik lah kalau saya kata tidak. Saya rasa kamu pun kan."
"Chill lah!" Suho tersenyum sinis dengan wajah yang selamba. "Kita perlu tenangkan diri."
"Kamu tak risau ke pasal perkara ni.?" V mengerutkan dahinya.
"Gila tak risau." Woohyun membuat muka terkejut. "Mesti lah risau. Hidup awak normal sebelum ni. Tiba-tiba ada kebolehan pelik. Lepas tu diberitahu nyawa terancam. Kita akan bertempur."
"Mula-mula tu nak lah juga membantah pasal perkara ni." Jin menarik nafas panjang. "Siapa yang nak mati kan.?? Tapi kalau empat penaung kita tu boleh hidup sampai sekarang... Kenapa kita tak boleh.?"
"Seungcheol!!"
Seungcheol segera menoleh apabila namanya dipanggil. Dia sebenarnya sudah tidak melakukan apa-apa kerja tetapi tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Dia tidak mahu turut serta di meja itu kerana tidak mahu keadaan menjadi kekok. Dia sudah maklum bahawa dia orang paling pendiam dalam puak itu.
V memandang lelaki itu dengan mata bersinarnya. "Kenapa awak kat situ.? Jom, sertai kami kat sini."
Seungcheol kelihatan teragak-agak. Mulutnya terbuka dan tertutup semula tidak tahu hendak berkata apa.
"Ya..." Suho bersuara sambil mengukir senyuman sinis. "Kita bergosip dulu."
Serentak V dan Woohyun menggelengkan kepala apabila mendengar kenyataan itu.
"Ini lah orang-orang zaman sekarang ni..." Woohyun mula mengomen. "Tahu nak bergosip je. Tak buat benda yang berfaedah."
"Hei!!" Jin merenung lelaki itu tajam. "Saya pun orang zaman ni juga."
"Sekurang-kurangnya adalah benda yang kita buat." Suho mengangkat bahunya. "Daripada duduk diam."
V menggolekkan bebola matanya lalu kembali memandang Seungcheol yang masih berdiam diri. "Mari sini! Sertai kami."
Seungcheol masih kelihatan teragak-agak.
"Alah..." Jin segera tersenyum sinis. "Saya tahu lah Hoshi tak ada kat sini. Tapi jangan lah tolak."
Kenyataan itu membuatkan wajah Seungcheol merah padam. Dia segera menyertai mereka di meja makan apabila V, Suho dan Woohyun membesarkan mata mereka ketika mendengar perkara itu.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
ФанфикMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...