Crush

1.7K 119 9
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Suho (EXO) as Suho (Huruf S).


Bab 24


Jungkook duduk sambil meletakkan pinggan yang berisi kerepek penuh baru sahaja selesai digorengnya. Junhui kini sedang berbual dengan Jimin mengenai sesuatu sambil ketawa. Entah sejak bila kedua-dua lelaki itu boleh menjadi rapat seperti itu. Zitao pula sedang duduk bersama Hoshi juga di meja makan yang sama. Mereka lebih berminat untuk menunggu kerepek itu digoreng. Manakala yang lain sedang berehat di bilik. Ada yang sedang berlatih dan ada yang sedang berjalan di sekitar markas. Keempat-empat penaung itu sedang pergi di suatu tempat entah apa tujuannya.

"Boleh tahan awak bekerja di dapur." Zitao tersengih memandang lelaki berlesung pipit dalam itu.

Jungkook hanya tersenyum sinis lalu mengangkat bahunya sambil menggigit kerepek itu. "Biasa hidup sendiri."

Zitao hanya ketawa lalu menggelengkan kepalanya.

"Apa yang kamu berdua bualkan ni.??"

Zitao dan Jungkook segera menoleh. Hoshi kini sedang memandang Jimin dan Jin yang sudah membalas pandangannya.

"Tak ada apa-apa lah." Junhui menjawab lalu mencapai kerepek itu.

"Tak ada apa-apa..." Hoshi mengajuk sambil menggolekkan bebola matanya. "Tapi dari tadi tergelak-gelak."

"Ada orang tu crush dengan... Ah!!!" Jimin menjerit sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Diam!" Junhui menggumam setelah mencubit lengan lelaki itu.

"Ouch." Jimin memuncungkan bibirnya.

"Kamu ada suka dengan sesiapa ke.??" Mata Hoshi bersinar-sinar teruja secara tiba-tiba.

Zitao turut mempunyai reaksi yang sama dengan Hoshi. Jungkook hanya meneruskan kunyahan kerepeknya.

"Amboi, kamu ni..." Junhui menjeling manja ke arah lelaki itu.

"Kami ni nama je lelaki..." Hoshi memandang Zitao sekali imbas dengan senyuman yang sinis. "Tapi nak juga dengar gosip-gosip macam ni."

"Ya." Zitao mengangguk setuju. "Cerita lah."

Jimin dan Junhui berpandangan seketika. Berdebat di dalam hati sama ada ingin membuka mulut ataupun tidak. Junhui mengeluh panjang lalu tunduk seketika. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk menceritakannya. Zitao dan Hoshi sudah menanti dengan wajah tidak sabar, manakala Jungkook hanya meneruskan makan.

"Xiumin..."

"Dah agak!" Zitao menepuk tangan sekali dengan kuat secara tiba-tiba.

"Saya belum habis cakap lagi pun." Junhui mengerutkan dahinya.

"Lah..." Zitao mengangkat bahunya sambil mendengus kuat. "Siapa pun boleh agak lah."

"Hah.??" Junhui membesarkan matanya.

"Cara awak pandang dia tu menceritakan segala-galanya." Hoshi menggumam sambil mengunyah kerepek. "Siapa pun boleh tahu."

Junhui memandang Jungkok yang hanya mengangguk bersetuju mengenai perkara itu. Dia segera membesarkan matanya. "Maknanya... Orang perasan...."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now