Bab 50
Hoshi segera berjalan pulang. Dia sudah letih menjadi penonton setia setiap kali latihan. Kadangkala, dia rasa kecewa kerana kuasanya langsung tidak membenarkannya untuk berlawan. Dia rasa cemburu melihat semua kawan-kawannya menjadi semakin mahir selepas latihan setiap hari.
Tapi, dia juga rasa bersyukur kerana nyawanya tidak berada di hujung tanduk seperti yang lain. Setidak-tidaknya dia tidak terancam. Kyungsoo menjadi idola kepada mereka yang tidak boleh berlawan. Lelaki itu tidak pernah menyertai perang atau perlawanan, tapi dia sentiasa diperlukan malah pernah menjadi salah satu penaung. Ini membuatkan rasa kecewanya hilang serta-merta.
Langkah lelaki berwajah selamba itu terhenti apabila terpandang kelibat seseorang. Seungcheol sedang duduk sendirian di ruang markas itu sambil melakukan sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Tidak semena-mena Hoshi mengerutkan dahinya. Memikirkan apa yang kawan-kawannya katakan sebelum ini. Bahawa lelaki pemalu itu suka padanya. Menyimpan perasaan terhadapnya.
Pada mulanya, dia tidak percaya dan menganggap semua itu hanya gurauan atau kawan-kawannya yang tersilap menilai perkara tersebut. Akan tetapi, dia tidak dapat menahan dirinya daripada memikirkan perkara tersebut. Jika difikirkan semula, Seungcheol hanya ingin bercakap dengan selesa hanya kepadanya. Kepada orang lain, lelaki itu akan jadi pemalu dan seolah-olah akan lari menyembunyikan diri pada bila-bila masa sahaja selepas itu. Sepertinya terlalu banyak perkara yang membuatkan dia rasa takut.
Hoshi menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Mencuba sedaya-upaya untuk tidak mengeluarkan bunyi derapan kaki. Dia juga menahan nafasnya tanpa dia sedari. Dia ingin melihat apa yang lelaki itu lakukan kerana dia tahu Seungcheol tidak akan mahu menunjukkannya.
"Buku warna.??"
Seungcheol tersentak serta-merta. Sepantas kilat dia menyembunyikan buku yang dipegangnya sambil membesarkan mata.
"Awak serius.??" Hoshi mengangkat keningnya.
Seungcheol hanya mengalihkan pandangannya dengan wajah yang merah padam menahan malu.
"Saya tak gelak lah." Hoshi mendengus perlahan kemudian segera duduk berhadapan dengan lelaki itu. "Saya cuma tak sangka je."
Seungcheol berkerut sedikit. "Jungkook belikan untuk saya masa dia keluar membeli-belah kelmarin."
Hoshi mengangkat keningnya lagi. "Awak yang pesan pada dia, atau... Dia belikan untuk awak.?"
Seungcheol mengangkat bahunya. "Dia belikan. Katanya saya akan suka dengan benda ni. Sebab tu dia beli."
"Awak suka.??" Tanya Hoshi lagi.
Seungcheol mengangguk bersemangat. "Saya suka."
Hoshi tersengih kemudian menggelengkan kepalanya. "Pelik awak ni."
"Bukannya saya tak biasa dengar perkataan tu." Seungcheol menggumam dengan nada perlahan bagaimanapun dapat didengar oleh lelaki itu.
"Awak jangan salah faham." Hoshi mengukir senyuman manis. "Pelik awak adalah perkara yang baik..."
Seungcheol tidak membalas. Dia hanya memeluk erat buku warna itu sambil tunduk memandang ribanya.
"Sejujurnya..." Hoshi masih memandang lelaki itu. "Perkara tu membuatkan awak lebih comel."
Seungcheol berani bersumpah yang jantungnya kini hampir meledak mendengar perkara itu diucapkan tanpa berselindung. Matanya kini tidak berkelip bagaimanapun kepalanya masih tidak diangkat.
"Mana Kyungsoo.?"
Tiada balasan yang diterima. Seungcheol masih lagi diawan pemikirannya sendiri. Dia masih lagi hanyut memikirkan perkara tadi.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanficMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...