>>>>>>>>>>>>> Mark (GOT7) as Fu Mark. (Huruf F)
Bab 5
Xiumin kini sedang membuat secawan kopi untuk dirinya sendiri di dapur setelah memastikan tiada siapa yang mahu selain dia. Sehun sedang duduk di meja dengan dahi berkerut memandang buku purba itu. Bambam dan Mark duduk di kerusi yang lain sambil berbual dan bergelak ketawa.
"Macam mana lah kita nak baca benda ni." Sehun mendengus kuat ketika Xiumin menyertainya di meja makan itu.
Xiumin tersengih seketika sambil meneguk kopi yang dibuatnya. "Dah memang tak boleh. Kita tak boleh nak buat apa pun."
Sehun mendengus lagi kemudian menutup buku itu. "Payah lah kalau macam ni. Kita tak boleh tahu apa fungsi kuasa yang baru ni."
Xiumin mengangguk bersetuju. "Kita tak boleh nak jawab soalan."
Sehun menarik nafas panjang kemudian segera berpaling memandang pasangan kekasih itu. "Nampak gembira je mereka tu."
Xiumin memandang ke arah Bambam dan Mark yang kini sedang ketawa gembira. "Sekurang-kurangnya mereka ada tempat tinggal yang baik."
Sehun mengangguk bersetuju. "Saya ingat lagi macam mana Bambam tak berhenti mengucap terima kasih semalam."
Xiumin tergelak kecil mendengar kata-kata lelaki itu. "Tapi masalahnya kita tak dapat nak beritahu apa-apa pada mereka."
Sehun mengeluh panjang. "Ya. Nak cari kat internet lagi lah mustahil. Tak tahu macam mana nak terangkan pada mereka."
"Awak rasa akan ada tak seorang daripada kita nanti ada kebolehan membaca tulisan macam ni.?"
Sehun mengangkat bahunya. "Menurut Chanyeol... Baekhyun pun belajar. Saya tak rasa kebolehan ni dari keturunan."
Xiumin mendengus serta-merta.
"Tapi saya rasa..."
Belum sempat Sehun menghabiskan kata-katanya, kedengaran geseran pintu batu itu membuatkan mereka berpaling termasuk Bambam dan Mark. Chanyeol dan Chen melangkah masuk dengan wajah yang penat. Seorang lelaki menyusul di belakang mereka sambil memeluk erat tubuhnya agak ketakutan.
"Kamu jumpa.??" Sehun bingkas bangun sambil membesarkan matanya.
Chanyeol dan Chen mendengus perlahan kemudian mengangguk-angguk membuatkan mereka semua memandang ke arah lelaki itu yang semakin takut. Dia kelihatan benar-benar resah dan sensitif.
"Siapa nama awak.??" Sehun mengecilkan matanya.
Lelaki itu mengelak untuk bertentang mata dengan Sehun bagaimanapun curi-curi memandang lelaki itu. "Seungcheol... Go Seungcheol."
"Seungcheol." Ulang Sehun. "Okey... Saya Oh Sehun."
Lelaki bernama Go Seungcheol itu memandang wajah Sehun lama kemudian mengikut tudingan tangan lelaki itu.
"Itu Xiumin."
Xiumin hanya mengangguk sekali.
"Itu Quan Bambam dan Fu Mark." Sehun menghabiskan perkenalan itu.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...