Aku menutup kembali diari pink aku . Aku meletakkannya dia atas meja . Aku tersenyum mengingat kembali zaman remaja aku . Rasa kelakar pun ade . Ervan laa cinta pertamaa aku tapi tu dulu . Skrg daa tak okay . Aku daa move on . Oh ye . Ervan dgn mia bakal bertunang pada hujung tahun ni . 8 tahun bercinta. Jodoh kuat ni . Haihh mia bakal bertunang . Aku bila ntah , calon pun tkde lagi . Hmm .
Aku pandang jam di dinding . Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan papa masih belum balik . Rinduu papa . Selalunya papa akan call . Tapi tkde pun call dri papa . Mungkin ramai pesakit kut .
Aku menguap banyak kali , menandakan yg aku sudaa mengantuk .
Aku pejam mata dan akhirnya aku terlena .
*******************
KRING KRING KRING ...
Jam penggera aku berbunyi .
Aku melihat jam menunjukkan pukul 5.30 pagi .Aku bagun mengambil tuala lalu aku menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri .
Selesai mandi . Aku menunaikan solat subuh . Lepastu aku tidur . Mata ngantuk sangat sbb tidur kul 2.00 pagi .ini kes baca diari punyaa hal laa ni .
Cumi cumi cumi ... ~
Bunyi ringtone aku . Aduh sape yg call ni . Aku mengagau mencari hp vivo kesayangan aku dengan mata terpejam . Haa jumpa pun . Aku buka mata sepet aku ni . Aku menekan butang hijau . Mia yg call rupanyaa ." hello mia , kenapa call ni ? " jawab aku malas . Mata masih pejam . Sumpah ngantuk gilaa .
" laa kau lupa ke Isha , kau kata kau nk g kedai buku , nak beli novel ? Kau yg ajak aku teman . Lupa ke? "
" awal lagi laaa " aku menguappp .
" Isha , daa pukul 7.30 laa . Daa nk pukul 8 ni . Aku nk ajak kau sarapan sekali . Lama tak lepak ngan kau . Lepas ni daa tak bole sbb kita busy dgn assigment pulak . Sementara cuti semester ni , baik laa kita luangkan masa bersamaa . Nak ajak si Faiz tak bole . Sejak dia jadi designer , dia makin sibuk pulak . Aku ade kau je skrg " sayu je suara mia . Mia ni pandai memujuk . Dia memujuk aku guna suara sedih . Yg pelik aku bole tersentuh hati pulak dgr ayat diaa .
" takyah laa buat suara sedih mcm kehilangan laki wehh . Yelah bagi aku 30 minit bersiap . " aku bgun sambil gosok mata , nak bgi hilang tahi mata . Aku lap air liur basi dengan baju . Ye aku tahu aku selekeh . Tapi ape aku kisah .
" yess , sayang kau isha . U r my bestpren yg cute lagi putih lagi ketot "jerit mia dgn riang nya . Aku menjauhkan hp dri telinga .Aduh si mia ni nak suruh aku pekak ke ? Aku tamatkan perbualan . Aku menghantar ws ke papa meminta kebenaran .
" papa , orang nk g hangout dgn mia tau "
" okay , cakap ngan mia hati hati drive kete "
" baik pa " okay papa daa bagi kebenaran .
Destinasi pertama aku . Ke bilik mandi .
Aku pakai simple je hari ni . Baju blaus warna hijau , skirt labuh warna hitam dan selendang warna putih . Okay sesuai laa kut dgn kulit aku yg putih melepak ni .
Selesai membelek diri di cermin . Aku mengambil beg tangan aku .
Bunyi hon kedengaran di luar . Sape lagi kalau bukan si mia tuuu .
" Kau ni mmg suka menganggu ketenteraman jiran aku ehh ? " aku jeling si mia di sebelah . Ntah bila aku nk drive kete sendiri . Aku rasa malas pulak amik lesen memandu . Cukuplah ade lesen motor je . Lagi senang .
" hehehe sorry isha comel " sengih mia dgn menampakkan giginya putih tersusun .
" kita nk makan kat mana ? "
" makan kat mulut " ehh si mia ni , aku tnya serius , dia gurau pulak . Aku tonjol kepala dia .
" ape ni isha , main tonjol tonjol , aku kan tgh memandu . Nnti accident karang , tak sempat aku nk bertunang dgn Ervan . Kau pulak tak sempat nk jumpa jodoh " marah mia . Haa tahu pulak marah minah ni .
" tahu pulak marah , aku tnya serius kan , makan kat mana ni ? " aku tnya balik soalan .
" makan kat mamak jelah . Aku mengindam nk makan mee goreng mamak " mia menjilat bibir dia .
" mengindam mengalahkan org mengandung " aku pndg luar tingkap .
Sampai saja di kedai mamak . Aku order roti kosong dgn air suam . Aku tak suka minum air manis pagi pagi .
Mia pulak order mee goreng mamak dgn milo suam ." Isha , kau g tak reunion tu ? " soal mia sambil makan mee goreng mamak .
" pegi , si faiz paksa aku . Aku taknak sebenarnya " aku menghabiskan roti canai aku yg terakhir . Yeah daa hbis !
" aku tahu , ni mesti sbb kau taknak jumpa fawaz ex kau kan ? "
" bole tak jgn sebut nama dia ? Cepat laa makan tu . Lepastu kita g mall " tak senang hati aku dibuatnya bila si mia sebut nama lelaki tak guna tu .
" isha , sampai bila kau nk marah n benci kat dia ? Kau cuba laa maafkan diaa . Aku rasa diaa daa insaf laa . Sedangkan nabi pun maafkan org yg buat dia apelagi kita manusia yg bnyak kekurangan ni " pujuk mia dgn suara lemah lembut . Aku tersentak . Deep dgn ayat si mia .
" kau tak laluinya mia , bole laa kau ckp mcm gitu . Daa laa , takyah cakap psal benda ni . Aku nk bsuh tgn " aku bgun pegi ke singki . Aku mengeluh . Terbayang wajah kacak fawaz .
Hari ni mia belanja , so aku tk perlu bersusah payah keluarkan duit .
Masa dalam perjalanan , time tulah si mia ni nak kencing . Aihhhh tulah minum bnyk sngat .
Kami singgah di petron . Sambil tunggu si mia ni , baik aku beli jajan sikit . Taklah bosan dlm kete . Sekurang kurangnya adelah benda nk di ngap nyaa .
Aku mengambil dua air kotak , cadburry , kacang dan biskut oreo .
" bape semua ni encik ? " soal aku kepada juruwang .
" kira saya punya sekali " dtg satu suara garau kat belakang aku . Haihh sebok laa .
" jap ye encik , saya nk kira barang cik ni dulu , harganya RM 14.90 cik " setelah juruwang ni bagi baki . Aku segera keluar tnpa menoleh muka laki tu . Alaa bukan penting pun .
" Farisha Qaisara ? " aikk mcm mne laki ni bole tahu nama aku ? Aku pusing belakang , tak jdi keluar dri kedai . Aku terkejut dan terkaku . Hampir terlepas plastik dri tgn aku .
" Fawaz Hakimi ? "
Sambung ...
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...