" ade ape ni ? " lelaki tu masih memegang tangan perempuan tu . Lelaki tu memandang aku dgn perempuan tu .
Hensemnyaaa , aku tak sudah sudah pandang muka lelaki tu .
" Sayang , u tgk perempuan ni . Dia cri pasal dgn i " perempuan tu memeluk lengan lelaki tu , kepalanya diletakkan di bahu lelaki itu .
Lelaki tu memandang aku . Mungkin dia rasa diri dia diperhatikan .
Aku segera tundukkan pandangan aku . Alamak kantoi merenung anak teruna org ! Mia hanya memerhatikan sahaja .
" dia buat ape kat u ? " soal laki tu kepada kekasihnya yg gedik tu .
" dia langgar ai , pastu dia ingat ai ni tunggul , tu yg dia langgar ai . Ai yg lawa ni pun dia tak perasan . Tgk ni , kaki ai sakit tau " mengadu domba perempuan ni . Dramatik sungguh . Sakit kaki konon , tadi elok je cari pasal ngan aku . Aku buat mata ke atas sambil mencebik mulut , mengajuk gaya cakap perempuan tu . Mia yg nampak gaya aku tu , cuma tahan gelak je . Mata dia daa berair tahan gelak .
" kau mmg tunggul pun " bisik lelaki tu perlahan . Taknak perempuan tu dgr . Tapi aku bole dgr dgn jelas ayat laki tu . Sbb aku bru korek telinga semalam . Aku mengangkat kening , ala ala ziana zain . Lelaki ni kutuk makwe sendiri ke ?
" ape you kata sayang ? Ai tak dgr laa . You cakap slow sngat " perempuan tu melepaskan lengan laki tu lalu memandang muka lelaki tu .
" ai cuma cakap , okay je kaki you tu . Takde sakit pun . Kalau sakit , takkan laa masih bole nk tampar anak org kan ? Pergerakan kaki you pun laju je berjalan pegi kat perempuan ni . " lelaki tu merenung aku . Haihhh asal dia tenung aku ni . Aku pandang tempat lain . Tetiba hati berdebar sakan ni .
" auwww sakit kaki ai ni you . Tolong papah ai , ai tak larat jalan " perempuan tu berlakon . Kononnya kaki sakit laa tu . Aku cuma mampu gelak dlm hati .
" nama saya syafiq adam . Dan dia ni intan juliana . Saya mintak maaf bgi pihak girlfriend saya ni . Dia mmg gedik . Saya pun kekadang rimas " ujar lelaki itu tanpa rasa bersalah kutuk makwe sendiri . Ouhhh syafiq adam namanya . Sedap nama , mcm tuannya jugak . Rasa cam nk kunyah .
Perempuan yg nama intan tu membulatkan mata dia bila dgr aje syafiq ckp mcm tu .
" what ?!! You kata ai gedik ? You rimas ngan ai ?! You kenapa syafiq ?! " tengking intan . Intan menjeling aku tajam .
" ni kad saya , kalau ade ape ape hal bole call saya , saya mintak maaf bagi pihak intan lagi sekali " syafiq tak layan intan . Syafiq memberikan senyuman kepada aku . Terpaku jappp . " ouh ye , nama awak berdua sape ? "
Cepat cepat aku tersedar
" haa ? Nama saya farisha qaisara . Dan nama kawan saya ni mia sara nasuha " aku senyum sehingga menampakkan lesung pipit aku . Syafiq terpaku . Mia yg perasan hal itu cepat cepat berdehem .
" ehem ehem , gembira dapat berkenalan dgn syafiq ngan intan " sapa mia dgn ramah .
" saya pun . Saya pegi dulu . Ade jodoh jumpa lagi . Assalamualaikum " syafiq memberikan senyuman terakhir sebelum pergi meninggalkan kami berdua . Intan hanya menjeling kami berdua . " suka ye korang bila boyfriend aku backup korang . Takpe ade ubi ade batas . Ade hari aku balas " intan memberikan senyuman sinis lalu beredar dri situ .
Aku ngan mia hanya mencebik . Gedik ..nyampah . Nasib pakwe dia tu baik . Hensem baik . Jatuh cinta ke ni ? Cepat cepat aku istighfar . Aku taknak pisang berbuah dua kali .
Aku mengambil sebuah novel yg bertajuk " today i married my bestfriend" aku membaca sinopsis novel itu . Nampak mcm best . Amik laa . Bosan kat rumah tkde benda nk buat .
Mia menyiku aku
" weh Isha , hensem kan syafiq tu ? Kau taknak usha ke ? Aku tgk dia mcm terpaksa je dgn perempuan tu . Ape nama perempuan tu ? Setan juliana ekh ? "
" hahahahhaa kau ni jahat laa , tak baik tau . Nama dia intan juliana laa . Ni dgr dek dia , habislah dia buat drama queen dia tu . " tergelak aku dibuatnya . Ade ke patut mia kata nama dia setan ? Tapi mmg perangai dia setan pun .
" alaa aku mmg sengaja pun kutuk dia . Gedik tul . Nyampah . Ehh aku tanya ni , kau tak nak usha syafiq ke ? " mia membelek buku novel lain .
Aku berhenti membelek novel .
" ape ke bangang soalan kau ni ? Dia daa ade makwe laa mia oii . Aku taknak jdi org ketiga okay . Aku ni bukan mcm airin tau " geram betul aku ngan mia ni .
" alaa kau ni , bru couple . Belum kahwin . Org yg daa kahwin pun bole bercerai apetah lagi org yg bru kapel . Tapi aku tgk syafiq ni mcm terpaksa je dgn intan tu "
" haihh kau marah tak kalau ade org rampas ervan dri kau ?"
"marah laa woii . sape tak marah kalau ade org rampas pakwe kita , daa laa dia bakal tunang aku " mia buat muka marah . Haa tahu dia marah .
" haa tahu pun marah . Lain kali sebelum berkata kata tu fikir dulu ye mia sayang . Dan lagi satu , biar laa si syafiq tu nak layan mcm mne pun si intan tu . Kita jgn sibuk hal org lain " aku memilih buku novel today i married my best friend lalu aku membuat bayaran di kaunter .
Mia terdiam .
" aku mintak maaf isha sbb tak pk sebelum berkata kata "
" takpelah mia , semua org pernah buat salah . Aku tak amik hati pun , lagipun kalau syafiq single sekalipun . Aku akan amik masa yg lama untuk kenal hati budi dia . Aku taknak pisang berbuah dua kali " selesai membuat urusan membayar novel . Kami menuju ke parking kereta . Tak sabar nk balik jumpa papa . Rinduuu nya kat papa . Seharian aku luangkan masa kat mall .
" aku faham isha " mia start enjin lalu memulakan perjalanan .
Aku masih terbayang muka syafiq adam . Aku tersenyum sendiri tanpa mia sedar .
Sambung...
*sorry agak hambar . Jgn lupa vote ye . Thanks 😊
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...