BAB 65

5.8K 76 0
                                    

Beberapa bulan kemudian ~

" Alolo comelnya bakal menantu aunty ni" farisha mendukung bayi lelaki yang baru dilahir itu. Dia mencium kepala bayi lelaki tu.  Wangi .

" Bakal menantu ? Hello aku baru je lahirkan anak tau . Suka hati kau aje cop dia sebagai menantu kau " kata mia . Ervan membantu isterinya bersandar .

" Alah kau ni . Apa salahnya kalau kita jodohkan anak kita . Kita kekalkan persahabatan kita ni sampai bila bila . Kan sayang ? " ucap farisha sambil menarik lembut pipinya .

" bukan aku taknak isha . Tapi anak aku ni lelaki isha . Anak kau perempuan . Tak rasa jarak umur diorang beza ke ? " luah mia . Itu yang merisaukan dia sebenarnya .

Farisha menghulurkan bayi itu kepada ervan . Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil mia . Dia mengenggam tangan mia .

Farisha senyum " setahun je jarak umurnya . Kau tengok nabi muhammad S.A.W dengan siti khadijah . Lagi lah beza jarak umurnya . Ke kau taknak berbesan dengan aku ? " farisha pamerkan wajah yang muram .

Mia tergelak " aduh kau ni , drama queen sungguh . Aku saja je try cuba test kau . Aku on je kalau kita ni berbesan "

Farisha tersengih .

" kau nak letak nama apa kat anak kau ni ? " soal farisha . Tetiba dia rindu kat anak sulungnya . Felisha kirana , mama rindu kamu . Padahal baru beberapa minit dia tinggalkan anak dia kat rumah mertua .

" nak letak nama apa ekh bang ? " soal mia kepada ervan yang tengah meletakkan anaknya di atas katil baby .

Ervan mengosok dagunya . Sebelum dia bersuara .

" Muhammad Yusuf Farhan " ujar ervan .

" wah sedap nama tu . Pandai kau pilih bro " sengih farisha .

" of course tengok lah sapa yang beri nama ni " ervan buat gaya berlagak .

Mia hanya gelak . " haa suami kau mana ? "

" kerja lah apalagi . Aku datang ni nak tengok baby kau . Sorry weh sebab aku takda time kau bersalin . Aku kerja . Biasalah business woman kan "

Mia senyum " alah aku faham lah . Tapikan kau dengan airin and intan macam berjanji ye "

Farisha mengerutkan dahi .

" janji apa ni ? " soal farisha tak faham .

" yelah semalam intan yang melawat aku . Hari ini kau . Esok mesti airin . Macam dah berjanji . Pastu yang aku tak sabar tunggu faiz dengan tunang dia kahwin "

" hak alah . Itu kebetulan je . Airin tengah sarat mengandung . Intan pulak baru 2 minggu . Haa lepas ni biar diorang berbesan nanti . Kau tak sabar ? Aku lagi tak sabar tengok perangai faiz masa bersanding , mesti perangai gedik faiz dah hilang kan . Yelah depan mak mertua kan " ujar farisha sambil gelak

Mereka hanya gelak bahagia .

**********

" ibu ! Ayah dah balik " laung Felisha . Masih pelat lagi percakapannya . Yelah umur baru satu tahun .

" jap sayang . Ibu nak basuh tangan " farisha yang sudah siapkan makanan . Terus menuju ke singki . Dia membasuh tangan sebelum bergerak ke hadapan untuk menyambut suaminya .

" Hai anak ayah , dah makan ke belum " soal Syafiq lalu mendukung anaknya yang comel itu . Muka ikut Farisha ni . Tu yang comel .

Felisha mengelengkan kepala . Lalu mencebik .

" belum , ibu habis macak "

Syafiq mencium pipi gebu anak ni .

" aloo cian anak ayah ni "

Farisha mengelengkan kepala . " pandai eh salahkan ibu . Ibu dah masak . Awak tu yang taknak makan . Nak tunggu ayah balik kan " farisha pura pura marah anak perempuannya itu.

Syafiq tergelak .

" Abang duduk dulu . Isha nak hidangkan makanan ni " ujar farisha sebelum menghilangkan diri di dapur .

" ayah ! Felisha nak turun . Nak tengok cerita frojen " haih frozen tukar kepada frojen .

Syafiq menurunkan Felisha . Felisha berlari ke ruang tamu . Dia membuka tv . Lalu dia menukar siaran Disney .

Syafiq mengelengkan kepala . Budak zaman sekarang pandai betul dengan teknologi .

Syafiq mengatur langkah menuju ke dapur . Kelihatan Farisha tengah menuang nasi ke dalam pinggan . Dia tidak sedar yang syafiq ada di belakangnya .

Syafiq memeluk farisha dari belakang .

" abang rindu qaisara " ujar syafiq dengan suara romantis .

Tergamam farisha dibuatnya . Haa sudah , kenapa berdebar debar ni .

" err , abang . Qaisara tengah hidangkan lauk ni . Jangan lah kacau " ujar farisha dengan lembut . Tangannya masih lincah menghidang laut .

" taknak . Nak kacau juga "

" Ish , abang ni . Nanti Felisha tengok karang "

" biar dia tengok . Abang takkan pergi selagi qaisara tak cakap yang qaisara rindu abang "

Farisha diam .

" Hah Ilove you so much . I miss you so much . Haa puas hati abang . Dah abang pergi panggil felisha makan tu "

Syafiq melepaskan pelukan dari tubuh isterinya . Dengan sepantas kilat , dia mencium pipi farisha .

" Abang ! " jerit Farisha . Marah tapi suka . Syafiq menjelirkan lidah sebelum menghilangkan diri .

Farisha memegang pipinya . Dia tersenyum bahagia .

" Ya Allah , semoga kebahagiaan aku ini kekal selama lamanya . Aminnn " doa farisha di dalam hati

*************

Benarkan aku menumpang kasih,
Angkara sering terabai sisih,
Lalu mata selalu memutih,
Dan kian hampir tiada pulih,
Demi meraih perhatian yang beralih.

Telah aku ganjakkan jiwa,
Berubah dalam memupuk asa,
Kentalkan hati di setiap masa,
Tanpa mengira suka mahupun duka,
Kerana aku sudah muak terima,
Kutukan serta hinaan cuma,
Yang tahunya melemahkan saja.

Aku pasti —
Mampu kekal gagah berdiri,
Setelah parasit ku usir pergi.

              😏🔥

Tamat .

Aku tahu ending dia agak hambar . Sorry sangat sangat . Terima kasih kepada yang setia vote story saya . Saya hargai sangat sangat . Ilove you . In shaa Allah kalau ada idea lagi . Saya akan update story baru . Tajuk : Crush Sebelah rumah . Tapi sebelum tu saya akan update novel today i married my best friend . Hasil karya syamnureizmal .








[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now