" kenapa qaisara bawa saya pergi ke pantai ? " soal syafiq kehairanan . Panggilan aku , kau pun dah bertukar jadi saya , qaisara .
Farisha tersenyum bila syafiq memanggilnya sebegitu . Syafiq dah menujukkan tanda positif .
" dulu , masa qaisara sedih sebab arwah papa sakit , abang lah yang ajak qaisara datang sini . Abang kata kalau kita lihat pantai . Hati kita akan tenang . Abang masih tak ingat kenangan kita di sini ? " farisha memandang raut wajah tampan suaminya .
Syafiq membalas pandangan farisha . Dia mengelengkan kepala .
Farisha tersenyum hambar . Dia kembali memandang laut .
" qaisara nak basahkan kaki dalam laut sekejap . Kalau abang dah ingat memori kita bersama . Abang jerit lah panggil nama penuh qaisara "
Farisha berjalan menuju ke laut .
" abang , kenapa abang tak cuba ingat isha bang ? Kenapa abang tak cuba " farisha berjalan sambil menangis . Dia terlupa niatnya yang hanya mahu membasahkan kaki . Dia berjalan sambil termenung sehinggakan air laut sudah paras lututnya. Sekejap lagi mungkin dah sampai ke pingangg .
Syafiq yang hanya memandang menjadi panik bila melihat air laut nak sampai ke paras pinggangnya . Dia mahu berlari , mendapatkan farisha . Namun kakinya seolah olah terpaku . Dia mahu menjerit nama farisha namun terasa suaranya tersekat di kerongkong .
Perlahan lahan syafiq memejamkan mata . Dia mahu mencuba mengingat kembali kenangan mereka berdua .
" amboi , kalau saya buta nanti . Mesti awak cari lain kan . Yelah siapa lah nak lelaki buta macam saya ni "
" alooo encik abangku yang hensem . Saya bukan jenis perempuan pandang paras rupa . Saya tengok awak pakai hati . Bukan pakai mata . So , kalau awak buta atau cacat atau hilang ingatan . Segala atau nenek moyang lah senang cerita . Cinta saya takkan pernah berubah . Saya percaya pada takdir Allah "
" dan kalau saya hilang ingatan dan saya tak ingat awak macam mana ?"
" saya akan buat awak ingat saya sampai bila bila . Saya takkan putus asa kembalikan ingatan awak semula . Itu janji saya . "
Mata syafiq terbuka luas . Yaa dia dah ingat semuanya . Dia memandang farisha . Air laut sudah sampai ke dadanya . Bila bila masa sahaja , farisha akan lemas .
" Farisha qaisara ! I love you " jerit syafiq dengan kuat . Dia berlari ke arah farisha .
Farisha yang baru tersedar dari lamunan , dia terasa sukar mahu bernafas . Air laut sudah paras dadanya . Dia cemas . Dia seolah olah dengar syafiq memanggil namanya dan mengucap kata keramat .
Tiba tiba ada seseorang yang memeluknya dari arah belakang lalu menariknya ke dasar pantai .
Syafiq memegang kedua dua belah pipi farisha .
" isha tak apa apa ? " syafiq merenung anak mata farisha . Dia merindui isterinya .
Farisha mengeleng . Dia membalas renungan itu . Dia memeluk suaminya lalu menangis .
" isha rindu abang "
Syafiq membalas pelukan isterinya .
" abang pun . Rindu teramat sangat . Abang minta maaf sebab selama abang hilang ingatan , abang selalu sakitkan hati isha . Abang minta maaf sangat sangat "
Farisha melepaskan pelukan . Dia memegang tangan syafiq .
" isha dah lama maafkan . Lagipun abang buat begitu sebab abang hilang ingatan kan " senyumnya sehingga menampakkan lesung pipitnya .
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...