BAB 54

1.7K 53 7
                                    

"Intan nak jumpa Syafiq ke?" Soal Rykal yang duduk di meja yang tertera sebagai pembantu setiausaha kepada bossnya iaitu Syafiq.

Intan memeluk tubuh sambil dia menjeling Rykal tajam. 'Hish apek cina ni lagi. Kolot!'

"Intan kau panggil aku? Excuse me, cik Intan okay! Kau tu cuma kuli batak je. Kau tak sesuai panggil aku Intan. Kau ingat kau tu kawan aku ke? Oh please lah. Iyelah aku datang sini nak jumpa Syafiq, my boyfriend. Takkan nak jumpa kuli macam kau kot." Bidas Intan dengan begitu biadap sekali.

Rykal bangun lalu menghalang Intan daripada masuk ke dalam bilik Syafiq.

"Maaf cik Intan, tapi Syafiq taknak jumpa siapa-siapa harini. Jadi cik Intan tak boleh masuk. Saya hanya menjalankan tugas." Tukas Rykal. 'Minah ni kan, dia dah tahu yang si Syafiq dah kahwin. Tapi kenapa masih ganggu si Syafiq lagi ni? Dah jadi ex girlfriend tu sudah lah. Aku ni dah lama tunggu kau, taknak pulak. Aku rasa aku lagi handsome kut dari Syafiq. Dan masih single lagi.' Getus Rykal dalam hati geram melihat tingkah Intan.

"Hello, kau tak kenal aku ke? Aku ni CEO dari syarikat Tan Sri Hisham. Kau lupa ke yang aku ni berkerjasama dgn syarikat Syafiq? Kau lupa eh? Ni mesti kau banyak makan semut kan?" Marah Intan dengan geram. 'Ah, PA je kut mamat ni! Berlagak lebih.'

"Ya saya tahu. Tapi ni arahan dari Syafiq." Rykal masih patuh dengan arahan bossnya. Walaupun si Syafiq itu rakan baiknya namun di dalam pejabat, Syafiq tetap majikannya.

"Whatever!" Intan menolak tubuh Rykal kasar lalu dia masuk ke bilik Syafiq tanpa mengetuk pintu bilik pejabatnya.

Tergamam Rykal dibuatnya. 'Gila dahsyat minah ni. Ganas woi. Ni buat aku makin suka kat kau ni.' Senyum Rykal sendirian. Tak kira apa jua pun, dia tetap akan menawan hati Intan.

"Hai Syafiq." Intan melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk di hadapan Syafiq. Syafiq menghentakkan pen ke atas fail-failnya yang bertimbun di atas meja tanda memprotes.

"Siapa suruh you masuk tanpa ketuk pintu?! Adab you kat mana?" Marah Syafiq. Dia pantang benar kalau orang masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Sedangkan Rykal dan staffnya yang lain pun akan mengetuk pintu. 'Sesuka hati je minah sotong ni masuk.' Getus kecil hati Syafiq.

Tersentak Intan dibuatnya. 'Aik, dia tak makan ke sup yang aku buat semalam? Patutnya jampi yang aku letak dalam sup tu berkesan. Syafiq akan berlembut dengan aku dan dia akan jatuh hati kat aku semula. Tapi kenapa macam tak berkesan je?'

"Kenapa you marah-marah ni? You gaduh dengan wife you ke?" Soal Intan dengan nada yang manja. Dia masih belum berputus asa untuk menggoda Syafiq habis-habisan.

"Eh perempuan! Boleh tak kau jangan buat suara manja kau tu kat sini?! Aku geli lah dengar!" Tengking Syafiq. Dia masih marah pada Intan gara-gara hal semalam. Dia tahu bahawa Intan ada meletakkan sesuatu ke dalam sup itu. Kalau tidak kenapa tiba-tiba sahaja sup itu menjadi busuk setelah dia membaca bismillah?

Intan menelan air liur yang terasa kesat di tekaknya. 'Syafiq memang betul-betul marah ni. Kata ganti nama I you pun boleh tukar jadi aku kau.' Intan berasa cuak.

"Okay okay. Sorry, I tahu I salah. Maafkan I okay?" Intan segera meminta maaf. Dia sudah tidak mahu mendengar Syafiq menengkingnya sebegitu rupa lagi. Sakit telinganya mendengar tengkingan Syafiq.

"Sorry naik ferry lah." Syafiq menjeling Intan sebelum dia kembali menyambung menulis semula sesuatu di atas dokumen pentingnya.

Intan menggigit bibirnya. "Hmm, sedap tak sup yang I masak semalam?"

Syafiq tersenyum sinis mendengar soalan Intan. "Entah, I tak makan pun."

'Patutlah tak jadi apa-apa pun dekat dia.'

[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now