BAB 60

2.2K 54 1
                                    

Farisha menyelak langsir , hari ini syafiq sudah boleh keluar dari hospital . Farisha memandang syafiq yang masih memejamkan mata . Mukanya berkerut , mungkin menahan silau matahari .

Kakinya menuju ke katil syafiq .

" abang ... Bangun " kejut farisha dengan perlahan .

" hmmm " syafiq mengiring ke kanan . Menghadap farisha . Matanya masih terpejam .

Farisha senyum , lalu dia merenung wajah tampan syafiq .

' abang , isha rindu abang ' bisik hati farisha . Ya dia terlampau rindu akan senyuman syafiq . Rindu tak terkata .

Syafiq yang terasa ada orang perhatikannya segera membuka mata .

" kau buat apa kat sini " terus terbangun syafiq dibuatnya kerana terkejut tengok wajah manis farisha yang terlalu dekat dengan dirinya .

" good morning abang " senyum farisha . Dia tidak peduli dengan soalan syafiq .

Syafiq tidak membalas senyuman itu . Dia berasa berdebar debar bila tengok senyuman manis farisha .

" abang .. Ni farisha ada belikan sarapan untuk abang . Nasi lemak telur , favourite abang " farisha membuka penutup makanan itu .

" macam mana kau tahu itu makanan kegemaran aku ? " soal syafiq pelik .

" lah abang ni . Isha kan isteri abang . Apa yang abang suka semua isha tahu " senyum farisha . Dia mengambil sudu untuk menyuapkan syafiq .

" kalau betul kau isteri aku . Aku nak kau teka tahi lalat aku kat mana ? " soal syafiq . Dia tahu farisha takkan tahu tahi lalat dia kat mana . Sedangkan intan pun tak tahu . Apa lagi orang yang asing bagi dia .

Farisha terbatuk kecil . What ? Banyak banyak soalan , dia bagi soalan pasal tahi lalat ? Rilek farisha rilek . Macam lah kau tak tahu tahi lalat dia kat mana .

Farisha menayangkan senyuman manis .

Syafiq menelan air liur ' minah ni boleh tak kalau tak senyum ? Buat hati aku tak tentu arah lah ' bisik syafiq di dalam hati .

" tahi lalat abang ..... Kat dada kan ?" farisha mengenyit mata.

Kelu syafiq dibuatnya .

" ma- macam ma- mana kau tahu ni ? Kau skondeng aku eh ? " syafiq terus menutup dadanya mengunakkan kedua dua belah tangannya .

" hahahha awak ni kelakar lah encik husband . Dah nama pun saya ni Isteri awak . Abang tu kalau time tidur memang tak suka pakai baju . Panas kata abang . Dah lah tak payah nak tutup sangat dada tu . Abang bukannya tak pakai baju pun sampai nak tutup segalanya " farisha mengeleng kepalanya sambil tersenyum . Haih lawak betul syafiq ni .

Syafiq menurunkan tangannya daripada menutup dada .

" dah , isha nak suapkan abang nasi lemak ni . Jap lagi abang dah boleh keluar dari hospital ini . Abang nganga mulut besar besar " ujar farisha . Dia menyuakan nasi itu kepada syafiq .

Syafiq terpaksa membuka mulut sebab dia tengah lapar sekarang .

Syafiq merenung wajah farisha yang tengah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

' cantik ' bisik hati kecilnya .

" okay dah siap " farisha mengemas bekalan makanan itu . Dia bangun untuk menuangkan air mineral ke dalam gelas . Lalu dia menghulurkannya kepada syafiq .

Syafiq menyambut huluran itu . Dia minum dengan cermat . Matanya masih memerhatikan farisha yang tengah mengemas beg baju .

" abang dah siap minum ? " soal farisha .

Syafiq mengangguk .

" okay meh sini gelas tu " farisha mengambil gelas yang dihulurkan syafiq kepadanya .

Syafiq mahu bangun .

" ehh kenapa abang bangun ? " farisha mendapatkan suaminya .

Syafiq menepis tangan farisha .

" aku nak tukar baju lah " dingin sahaja suaranya .

" biar isha bantu abang " dia masih mahu menolong syafiq .

" tak payah , aku bukannya lumpuh pun " dia menepis tangan farisha lagi sekali kemudian langkahnya menuju ke tandas .

Farisha hanya menarik nafas . Dia berdoa supaya dia dapat menghadapi dugaan  ini  dengan kesabaran .

********

" hai sayang " sapa intan dengan riang .

" hai , baru datang ke ? " soal syafiq .

" haah , sorry lah , i busy . U dah bersiap ke ? " soal intan

" eh u tak nampak ke yang i dah pakai baju cantik ni ? " sengih syafiq .

Farisha yang memerhati sedari tadi hanya diam sahaja . Hatinya dipaut cemburu , namun di tahannya .

" u pakai baju hospital pun nampak kacak . Tu yang i tak boleh bezakan" intan mengenyit mata .

Syafiq gelak " ahh ada ada je u ni "

Syafiq bangun dari katil .

Intan segera mendapatkan syafiq . Dia mahu memapah syafiq yang boleh sembuh sepenuhnya.

" biar i papah u " pelawa intan . Syafiq hanya mengangguk .

Belum sempat intan mahu memapah syafiq , farisha segera menghalang .

" biar aku yang papah dia , aku isteri dia yang sah . Kau tu bukannya mahram dia . Dosa kau yang lama pun tak terampun , ni apa lagi nak buat dosa bersentuhan dengan suami orang " farisha menolak intan. Dia takkan benarkan suaminya bersentuhan dengan yang bukan mahram .

" u .... " adu intan dengan manja . Suka suki je minah ni tolak aku ya . Aku tahu dia tengah panas hati tengok kemesraan kami berdua .

" kau dah kenapa nak tolak kekasih aku ? " marah syafiq . Namun farisha buat pekak . Dia segera memapah syafiq .

" kau saja kan buat pekak " marah syafiq lagi sekali .

" bla bla bla . Biar saya pulak yang jadi degil . Asyik awak je degil kan . Awak bising lagi sekali , saya stapler mulut awak dengan intan . Nak tak ?! " marah farisha . Kesabaran dia semakin nipis . Tergeleng geleng intan dibuatnya .

Syafiq hanya terdiam .

' garang juga minah ni '

********
Memandangkan lagi 5 bab . Jadi aku buat sikit je storynya . Sorry kalau tak best . Terima kasih kerana sudi baca dan votenya . Love you💖🙈😘









[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now