Intan menyedut air minumannya dengan kasar . Ketika itu dia sedang minum air di kantin hospital .
Wajahnya masam mencuka ' apahal semua nak backup farisha ? Baik sangat ke dia tu ? Entah entah pura pura baik je tu ' bisik hati intan . Dia mencebikkan mulutnya .
" amboi , kenapa mulut tu tercebik cebik ? " senyum rykal . Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi depan intan .
Intan menjeling , lalu memandang tempat lain .
" mamat bajet hensem ni lagi " gumam intan perlahan .
Rykal mengerutkan dahi , dia rasa macam dengar sesuatu .
" awak cakap apa ya ? "
Intan berdecit " takda papa lah "
Rykal sengih lalu mengaru kan kepala " ouh , ingatkan awak ada cakap apa apa dekat saya "
" kau buat apa kat sini ha ? Makin stress aku bila tengok kau ni tau ! " marah intan .
" garangnya awak ni . Saya datang sini sebab .... Ada polis cari awak kat hospital tadi " serius saja nada suara rykal .
Muka intan sudah pucat lesi . Dah kenapa polis cari aku ni ?
" ke - ke napa polis ca cari aku ni ?" tergagap gagap intan dibuatnya . Dia menyedut minuman dengan kasar . Untuk menghilangkan rasa gugupnya .
Rykal tahan gelak ' comel ' pujinya di dalam hati .
" sebab awak dah curi sesuatu . Awak tak tahu or buat buat tak tahu ni ? " nadanya masih serius . Dia menjongketkan kening .
Tercengang intan dibuatnya . Bila masa dia mencuri ?
" haa ? Bila masa aku mencuri ? Aku rasa polis tu silap orang kut . Jahat jahat aku , aku tak mencuri lagi tau . Lagipun aku bukannya miskin sampai nak curi barang " ujar intan .
Rykal berdehem . " awak pasti awak tak curi apa apa ? "
Intan mengangguk laju " ya aku berani sumpah yang aku tak curi barang " intan siap mengangkat tangan lagi .
" polis tu cakap dia nak tangkap awak , sebab awak dah curi hati seorang lelaki yang hensem dan bergaya . Nama lelaki itu ialah rykal" sengih rykal .
Intan mengecilkan mata . Tandanya dia tengah geram dengan rykal . Buat penat je aku gelabah .
" eeee kau ni kan ! " intan mencubit lengan rykal . Rykal mengadu sakit .
Intan tergelak bila tengok wajah rykal yang mengadu sakit itu . Macam beruk maye kena gigit semut.
Terpana rykal bila melihat intan gelak . Serius , buat pertama kali intan gelak . Sebelum ni muka asyik masam mencuka . Lawaa aihh !
Intan yang perasan rykal merenungnya , terus berhenti gelak . Dia seriuskan muka dia . Dia berasa tenang dengan rykal . Segala masalah hilang bila rykal ada di depan mata . Namun intan hanya menjauhkan saja perasaan itu .
Intan berdehem " sapa yang melawat syafiq ? "
" haa . Takda sapa "
" kalau macam gitu , aku pergi dulu nak lawat syafiq . Kau cakap kau suka aku kan , kau bayarkan lah milo ais aku ni " tukas intan lalu beredar dari situ .
Rykal tercengang " aik aku kena bayar ? Takpa lah milo ais je pun , hish haus pulak " dia mengambil air milo ais intan yang masih tinggal separuh .
*****
Dalam perjalanan nak ke wad rykal . Intan bertembung dengan farisha.
Intan memeluk tubuh .
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...