" Rykal , syafiq mana ? " soal farisha dengan cemas . Dia terus datang ke hospital apabila dimaklumkan oleh rykal yang suaminya accident .
Rykal menarik nafas " dia masih di bilik ICU , dia tengah koma sekarang "
Farisha menutup mulut menahan esakan .
" aku nak jumpa suami aku " tukas farisha . Dia mahu pergi ke bilik ICU . Namun dihalang oleh Rykal .
" isha kau tak boleh masuk - "
" kenapa ?! Aku isteri dia lah ! " tengking farisha . Dia memotong percakapan rykal . Emosi dia tak stabil , dengan keadaan dia yang sedang mengandung lagi .
" isha , bawa bertenang . Ni hospital isha . Aku tak bagi kau masuk sebab aunty indah dgn uncle khalid ada dalam wad ICU tu . Isha tunggu lah dia keluar dulu , baru kau boleh melawat syafiq . Sabar okay ? " lembut sahaja rykal memujuknya .
Farisha istighfar dalam hati . Dia tidak sepatutnya menengking rykal . Farisha menarik nafas .
" a a aku mintak maaf . Emosi aku tak terkawal , mungkin pembawakkan budak . Sorry rykal . Aku sedih bila dapat khabar yang syafiq accident . Isteri mana yang tak sedih kan ? " luah farisha . Dia tidak sedar yang dia tengah bagi klu dekat rykal . Klu dia sedang mengandung .
Rykal mengerutkan dahi
" pembawakkan budak ? Maksud kau ? Kauuu ... " rykal menunjukkan muka terkejut plus happy .
Farisha mengemam bibir . Alamak macam mana boleh terlepas cakap ni . Farisha senyum mengangguk .
" haah aku mengandung dah 4 minggu " farisha mengusap perutnya yang masih kempis itu . Dia tidak sabar mahu melihat perut ni membesar .
Rykal senyum " syafiq tahu tak ni ? "
Mati senyuman farisha . Dia mengeleng .
" syafiq tak tahu lagi , tadi aku sediakan makan malam untuk syafiq , ingatkan nak suprise kan dia . Tapi tak sangka aku yang disuprisekannya " farisha memberikan senyuman palsu .
" sabar , farisha . Doakan syafiq selamat dan sembuh sediakala " senyum rykal . Farisha seorang isteri yang baik . Beruntung syafiq dikurniakan isteri sebaik farisha .
Farisha senyum .
Bunyi pintu bilik ICU dibuka dari dalam .
" papa , mama . Syafiq macam mana ? " farisha meluru ke arah mertuanya .
Puan sri indah menangis di dalam pelukan tan sri khalid . Tan sri khalid mengusap belakang isterinya .
Tan sri khalid memberikan senyuman .
" alhamdulilah keadaan syafiq stabil . Cuma dia tengah koma " tukas tan sri khalid .
" tapi kenapa mama menangis ? " farisha memandang mak mertuanya .
Puan sri indah mengelap air mata . Dia senyum
" takdelah sayang , mama nangis sebab mama tak boleh tengok anak kesayangan mama baring terlantar di hospital , haa isha pergi lah masuk melawat syafiq tu "
Farisha mengangguk . Berdebar debar dia bila masuk wad ICU .
Airmatanya mula bergenang bila melihat keadaan suaminya yang terlantar baring di hospital . Wayar berselirat sana sini . Kepalanya dibalut . Luka sana sini di muka . Nasib luka kecil . Kalau besar , mesti dah tak hensem suaminya .
Farisha melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital .
Dia memegang tangan syafiq .
" abang .... Isha datang ni " farisha mencium tangan suaminya . Air mata jatuh ke atas tangan syafiq .
" abang ... Isha rinduuu abangg " dia menahan esakannya .
" isha tunggu abang balik tadi . Tapi abang tak balik balik pun . Isha call abang tapi abang tak angkat . Sampailah rykal call isha yang abang accident . Masa tu hanya Allah je tahu perasaan isha bang " dia mengusap tangan kasar suaminya .
Farisha senyum dalam tangisan .
" abang ... Cepat sembuh tau . Isha nak perkenalkan abang pada anak kita . Dah 4 minggu anak kita ni bang " farisha mengusap perutnya .
" abang kena lawan penyakit abang ni tau . Abang dah janji kan yang abang takkan tinggalkan isha . Isha sayang abang . Isha akan tunggu abang sampai lah abang sembuh . Demi anak kita . Baby ni rindu kat abang " dia mencium berkali kali tangan itu .
" isha taknak kehilangan abang , macam mana arwah papa tinggalkan isha . Isha dah takda sapa di dunia ni kecuali abang . Isha tak sanggup membesarkan anak tanpa abang disisi " farisha mengesat air matanya .
" abang ... Isha pergi dulu ye . Sekarang giliran rykal pulak melawat abang . Abang jangan risau isha sentiasa ada dengan abang " farisha bangun lalu menunduk mencium dahi syafiq . Lama , sampaikan air matanya tumpah ke atas dahi syafiq . Berat hati nak tinggalkan syafiq namun apakah daya , ramai lagi orang yang mahu melawat syafiq .
Farisha berjalan keluar dari bilik itu . Pandangannya kosong .
" rykal , pergi lah melawat syafiq " ujar farisha . Rykal hanya mengangguk lalu beredar dari situ .
" ini semua salah kau ! Kau pembawa malang dalam keluarga ni ! " tengking satu suara .
" intan ! " tengking tan sri hisham .
" papa tahu tak , betina ni lah yang pembawa sial . Dia yang buat syafiq accident . Ehh puas hati kau ?! " intan menolak bahu farisha . Farisha hanya menunduk menangis . Dia malas nak membalasnya .
Pang !
Intan memegang pipinya yang baru dilempang oleh puan sri indah .
" kenapa aunty lempang intan ? " bergenang airmatanya menahan sakit di pipinya .
" kau jangan berani hina menantu kesayangan aku . Nama dia farisha bukannya betina . Tolong jaga mulut kau ! Dan lagi satu dia bukan pembawa malang . Syafiq accident bukan disebabkan farisha . Ini ketentuan Allah . Cakap macam takda agama ! " marah puan sri indah .
" sabar indah sabar " tan sri khalid menarik isterinya .
" papa tak sangka perangai intan makin menjadi jadi . Jangan sampai papa tarik segala kemewahan pada diri intan " marah tan sri hisham .
Intan hanya menjeling farisha . Dia sakit hati ' apehal semua orang sebok backup minah ni ? '
Intan hanya menghentak kaki sebelum beredar dari situ . Hati nya sakit . Ya sakit teramat !
" isha , uncle minta maaf bagi pihak intan . Uncle malu dengan sikap intan . Maafkan intan ya " jelas terpancar wajah bersalah di wajah tan sri hisham .
Farisha senyum " tak apalah uncle hisham . Isha tak ambil hati pun . Sekarang ni kita sama sama doakan supaya syafiq cepat sembuh yaa "
Tan sri hisham senyum
" kamu memang seorang wanita yang baik " puji tan sri hisham dengan ikhlas .
******
Kenapa aku rasa aku punya story makin lama makin hambar ekh . Aduhhh debar kut nak amik result .
Lagi dua hari guyss .
Jgn lupa vote n komen
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...